Cari Blog Ini

Khamis, 1 Oktober 2009

Peragut tumpas di tangan gadis




KUALA LUMPUR 30 Sept. - Seorang peragut kecundang di tangan seorang gadis berusia 22 tahun semalam dalam cubaan meragut dompet mangsa.

Disebabkan keberanian gadis itu, penjenayah tersebut yang sempat dibelasah oleh gadis berkenaan berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika mangsa, Dzil Falilah Abdul Rashid menunggu teman lelakinya di koridor kediamannya di Batu Caves Centrepoint di sini.

Dia yang bekerja sebagai pembantu pereka dalaman tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali.
 

Ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini, gadis itu berkata, suspek tiba-tiba mencekik leher dan cuba meragut dompet dari genggamannya.

"Dia kemudian menendang serta menumbuk kepala dan paha saya. Saya pun membalas balik serangan itu sambil menjerit sekuat hati meminta tolong.

"Walaupun dompet itu hanya berisi RM10, saya bertindak melawan peragut itu kerana duit itu hasil titik peluh saya dan saya juga memang pantang dibuli," katanya yang lebam di kedua-dua lutut, paha dan kepala.

Menurutnya lagi, suspek kemudian melarikan diri ke motosikal yang terletak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian tetapi dia bertindak mengejar lelaki itu.

"Saya tak sanggup melihat peragut itu terlepas begitu saja, jadi saya kejar dia dan terus menyerangnya. Peragut itu juga cuba menyelak baju kurung saya ketika kami bergelut kerana menyangka saya akan malu dan berhenti menyerangnya tetapi dia silap," ujarnya.

Dzil Falilah memberitahu, belum sempat suspek menghidupkan enjin motosikalnya, teman lelakinya tiba dan merempuh motosikal menyebabkan dia terjatuh.

"Ketika itulah orang ramai datang membantu menangkapnya sebelum polis tiba," jelasnya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memuji keberanian gadis itu sehingga tertangkapnya suspek.

Katanya, lelaki berusia 20 tahun yang memiliki dua rekod jenayah curi dan dadah itu kini ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat sekiranya dia turut terlibat dalam jenayah lain.

Pasport pemimpin Hindaf tidak di rampas



Hishammuddin Tun Hussein menunjukkan salinan pasport P. Waythamoorthy yang masih sah digunakan, pada sidang akhbar di di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, semalam.
 
PUTRAJAYA 30 Sept. – Kerajaan tidak pernah menarik balik atau menahan pasport antarabangsa milik pemimpin Hindraf, P. Waythamoorthy yang melarikan diri ke London, United Kingdom.

Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, pasport pemimpin pertubuhan haram itu masih sah digunakan sehingga 17 Oktober 2010 sekali gus membolehkan dia pulang ke Malaysia pada bila-bila masa sahaja.

‘‘Sebenarnya bukan kita rampas pasport dia, sebaliknya dia yang serahkan kepada pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London.

‘‘Jadi tidak timbul kita sekat atau kita tidak benarkan (tahan) pasport dia, kalau dia nak balik pasport itu, pergilah ke kedutaan kerana ia masih sah digunakan,” kata beliau

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas laporan akhbar Isnin lalu yang memetik dakwaan Waythamoorthy kerajaan telah menarik balik pasport antarabangsa miliknya sehingga menghalang dia pulang ke tanah air.

Pemimpin Hindraf itu sebelum ini dilaporkan berhasrat pulang ke Malaysia setelah kerajaan membebaskan lima pemimpin Hindraf termasuk abangnya, P. Uthayakumar daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mahmood Adam sebelum ini turut mengesahkan tiada sebarang waran dikeluarkan bagi menahan Waythamoorthy di bawah ISA.

Hishammuddin berkata, kerajaan juga tidak mempunyai sebarang sebab untuk memohon maaf kepada Waythamoorthy atas apa yang telah berlaku membabitkan urusan pasportnya.

Ditanya sama ada pemimpin Hindraf itu bebas pulang ke tanah air, beliau berkata, sekiranya Waythamoorthy pulang ke negara ini, dia tetap akan dilayan seperti rakyat Malaysia yang lain dan tertakluk kepada undang-undang.

‘‘Seperti yang selalu saya nyatakan, sesiapa yang berada di bumi Malaysia ini, kita perlu patuh dan akur kepada undang-undang negara.

‘‘Dia boleh balik tetapi kalau ada perkara yang boleh didakwa, dia tetap akan didakwa,” kata sumber.
 

Isu pekida di rancangan 360 tv3

Mazidul Akmal Sidek pengacara 360 tv3 merungkai mengenai PEKIDA...apakah slot rancangan yang di beri nama 360 oleh tv3 ada kaitan dengan 360 atau 36 geng merah 3 line ni?untuk pengetahuan umum 360 ni merupakan kumpulan yang mengikut rentak pekida mereka mereka ini lah yang membusukan nama2 pekida kerana cara mereka sama dengan pekida cuma buah mereka sikit yang banyak di gabungkan dengan buah komunis.mereka 360ini adalah gabungan melayu dengan komunis buktinya buah yang di main adalah buah komunis.Bai ah mereka sama seperti bai ah 30 junjung al quran cuma mereka banga dengan NAGA banga dengan Buah komunis Banga segalanya...untuk pengetahuan umum mereka ni lah 3 line, kumpulan mereka tidak berdaftar dengan pendaftaran pertubuhan yang sah...

apakah PEKIDA apakah 30???

Sebelum Pekida di tubuhakan pada 10 May 1983 pegerakan ini di kenali sebagai 30 kenapa 30? kerana Al Quran 30 juzuk.Disebabkan Negara Malaysia ada Undang undang maka 30 ini telah menubuhkan pertubuhan kebajikan dakwah dan islamiah Malaysia.

maka setiap ahli yang di bai ah dengan menjunjung Al Quran 30 juzuk maka mereka di gelar orang 30..dan mereka boleh pilih adakah ingin mendaftar ahli pekida atau tidak. tak semua orang 30 mendaftar sebagai ahli pekida.ada juga yang mendaftar ahli pekida tapi tak bayar yuran ahli, automatik ahli terbatal.

Jadi nak sah kan mereka ahli pekida mesti tunjuk KAD AHLI serta Resit bayaran Yuran tahunan.

orang 30 dan Ahli Pekida jarang terlibat dalam kes jenayah yang banyak terlibat ni macam orang 360, 36 ,77, 09 ,08. geng2 ni lah yang di gelar 3 line bukan 30 bukan pekida.

sumber : http://matmin30.blogspot.com

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya