SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.... Blog ini dibuat hanya sekadar satu aktiviti penulis bagi mengisi masa lapang yang terluang dengan gambar-gambar menarik,isu-isu politik,dunia hiburan dan sebagainya yang difikirkan perlu dikongsi bersama-sama rakan blogger yang lain...di harap sesiapa sahaja pengunjung blog ini dapat memberi respon dan juga komen-komen yang membina untuk dikongsi bersama...
Cari Blog Ini
Memaparkan catatan dengan label Permotoran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permotoran. Papar semua catatan
Rabu, 28 Oktober 2009
Mewah dan termaju MPV Mercedes
KENDERAAN pelbagai guna (MPV) memang sesuai dijadikan 'jentera pengembaraan' berikutan faktor keluasan dan keselesaan sepanjang menempuh perjalanan jauh.
KENDERAAN pelbagai guna (MPV) memang sesuai dijadikan 'jentera pengembaraan' berikutan faktor keluasan dan keselesaan sepanjang menempuh perjalanan jauh.
Namun, mencari MPV menyamai sebuah jentera mewah agak sukar jika ia bukan daripada jenama kenderaan bertaraf dunia.
Pengeluar kenderaan gergasi Jerman, Mercedes melihat jentera MPV boleh disatukan melalui produk terbarunya.
Peluang memandu uji MPV Mercedes R280 membuktikan suntikan kemewahan tetap sama pada semua model keluaran syarikat bintang bucu tiga itu.
Pertama kali melihat susuk tubuh R280, tergambar keluasan dalamannya dan sebaik pintu dibuka, jelas jentera besar ini menawarkan keselesaan paling tinggi dalam kelasnya.
Sudut luaran bersama alunan lentur angin setiap sisi menjadikannya lebih aerodinamik walaupun bersaiz mega.
Gril hadapan yang dihiasi logo bintang bucu tiga besar mencerminkan bahawa jentera berkenaan tetap mengutamakan kemewahan.
Lampu projektor teknologi HID manakala sistem LED di dalam perumah lampu belakang membantu penglihatan lebih jelas pada waktu malam.
Padanan ekzos berkembar menjadikannya lebih sporty dan garang dan hiasan bumbung suria tampak lebih bergaya.
Semua tujuh kerusi termasuk dua kerusi penumpang barisan ketiga disaluti kulit mewah berwarna hitam manakala papan pemuka lebih kepada sedan versi E Class atau ML 350.
Skrin digital untuk sistem Command APS mendominasi papan pemuka tengah.
Sistem audio boleh bertukar kepada telefon bimbit dengan mengaktifkan teknologi Bluetooth.
Pemandu hanya perlu menekan butang di stereng untuk menjawab panggilan.
Teknologi Comand APS dan Linguatronic membolehkan sistem audio, navigasi, telefon dan pemain cakera padat dikawal menggunakan suara.
Sistem ini adalah standard bagi semua model kenderaan mewah Jerman ini.
MPV mewah ini mendapat suntikan nadi enam silinder (V6) 3.0 L tujuh kelajuan (7G-Tronik) menawarkan kuasa kuda sehingga 231hp manakala tork mencecah 300Nm pada 2,500 rpm hingga 5,000 rpm.
Walaupun memiliki tubuh yang besar dan sasa, R280 hanya mengambil masa 9.6 saat untuk memecut dari kedudukan pegun hingga ke kelajuan 100km/j.
Malah, tahap penggunaan bahan api juga boleh dianggap berbaloi apabila purata mencatatkan sebanyak 10.9L bagi 100 km.
Ini kerana R280 sepanjang 5,157 mm dan seberat 2,810 kilogram manakala tangki petrolnya sebesar 80 liter.
Bagi penulis yang pertama kali memandunya, pasti faktor saiz menjadi isu, tetapi selepas beberapa jam memandunya, R280 mudah dikendalikan termasuk bantuan sensor hadapan dan belakang ketika mahu meletak kenderaan di parkir.
R280 memang tidak mengecewakan terutama ketika memecut di lebuh raya.
Bantuan sistem suspensi udara Airmatic dengan Adaptive Damping System (ADS) banyak membantu menstabilkan kenderaan.
R280 dibekalkan denga ndua mod pemanduan iaitu Comfort untuk keselesaan semua penumpang manakala mod Sport bagi pemanduan lebih keras.
Seperti kenderaan Mercedes-Benz yang lain, R280 tidak ketinggalan dilengkapi kemampuan dan kawalan elektronik yang menjadi teras pembuat kenderaan Jerman ini.
Antaranya ialah Thermotronik yang membantu pemandu melaraskan suhu dalam kabin manakala sistem perlindungan Pre-Safe dengan beg udara hadapan dan sisi menjamin keselamatan setiap penumpangnya.
Berharga 458,888 seunit, Mercedes R280 menjadi satu-satunya MPV kelas mewah tanpa kompromi walaupun ketika berada di kerusi penumpang paling belakang.
SPESIFIKASI
Mercedes-Benz R280
Enjin: V6 2,996cc 24 injap
Kuasa maksimum: 231hp pada 6000 rpm
Tork maksimum: 300 pada 2500-5000 rpm
Transmisi: 7G-Tronik
Ciri keselamatan: ADS, ABS, beg udara
Harga: RM458,888.00
Tayar dicadangkan: ContiCrossContact UHP 255/55R18 105W
Jumaat, 23 Oktober 2009
Pastikan konsisten
ALIH ANGIN...Elly (kanan) dan Zulfahmi ambil bahagian
dalam pelumbaan go-kart sempena MotoGP Malaysia di Litar Sepang, semalam.
dalam pelumbaan go-kart sempena MotoGP Malaysia di Litar Sepang, semalam.
LIMA pusingan awal menjadi penentu cabaran dua pelumba wild card negara, Elly Idzlianizar Ilias dan Mohd Zulfahmi Khairuddin sekiranya layak beraksi dalam perlumbaan utama kelas 125cc Motosikal Grand Prix Malaysia (MotoGP) di Litar Sepang, Ahad ini.
Jurulatih kedua-dua pelumba itu Shahrul Yuzy Ahmad Zaini, berkata posisi pada lima pusingan awal daripada 19 pusingan keseluruhan itu merupakan peringkat yang amat penting bagi menentukan kedudukan pelumba sehingga garisan penamat.
Bercakap kepada Bernama, bekas pelumba MotoGP kelas 250cc itu berkata, Elly dan Mohd Zulfahmi perlu konsisten pada setiap selekoh agar dapat seiring dengan pelumba lain.
“Jadi pada peringkat ini (lima pusingan awal) mereka perlu fokus sepenuhnya dan pada masa sama perlu mencari dan berusaha mencapai kedudukan terbaik.

Beliau berkata, di segi mental, mereka perlu bersedia, terutama berkaitan catatan masa lambat kerana sebagai pelumba wild card, ia adalah sesuatu yang biasa jika kurang tiga atau empat saat daripada pelumba lain.
“Maka, mereka tidak seharusnya rasa tertekan dan dengan pengalaman dimiliki, saya akan pastikan kedua- dua pelumba ini bersedia hadapi situasi itu,” katanya yang beraksi tiga musim dalam kejuaraan MotoGP, bermula 2000.
Shahrul Yuzy berkata, walaupun mereka pelumba yang lahir daripada kejohanan cub prix, saingan MotoGP jauh berbeza dan mereka perlu sentiasa tenang.
“Berbanding Kejohanan Cub Prix Malaysia yang hanya membabitkan masa singkat, perlumbaan MotoGP akan memakan masa tiga hari serta banyak sesi latihan dan teknikal. Dalam erti kata lain banyak masa untuk mengubah dan menambah baik motosikal,” katanya.
Selasa, 13 Oktober 2009
Misi 15 terbaik!
DUA pelumba wild card negara, Elly Idzlianizar Ilias dan Mohd Zulfahmi Khairuddin yakin menggugat kehebatan jaguh dunia pada Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 24-25 Oktober ini.
Keyakinan itu disuarakan Elly, 25 dan Zulfahmi, 18, selepas mereka diumum selaku pelumba wild card negara kategori 125cc pada pusingan ke-16 MotoGP musim 2009 itu.
Sekalipun jaguh dunia seperti pendahulu kejuaraan, Julian Simon dan Bradley Smith memiliki kelebihan hasil pengalaman serta jentera hebat, Elly optimis kemampuannya melintasi garisan penamat bersama kelompok pertengahan.
“Saya harap setidaknya menamatkan perlumbaan dalam kelompok 15 pelumba terbaik. Namun, tumpuan awal diberikan untuk melepasi sesi kelayakan. Sasaran itu bukan mustahil kerana saya memiliki jentera Aprilia 125 RSW yang mantap selain sudah biasa dengan selok-belok SIC.
“Jadi, baki tempoh dua minggu ini akan tertumpu untuk memantapkan aspek kecergasan kerana ia memainkan peranan penting dalam perlumbaan cuaca panas di Malaysia,” katanya.
Bagi Zulfahmi, dia mengharapkan sokongan peminat tempatan untuk mencipta kejayaan terbesar selepas jurulatihnya, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini meraih tangga kesembilan kategori 250cc di SIC pada musim 2002.
“Sokongan peminat dan kelebihan beraksi di tempat sendiri menjadi ramuan terbaik mencatat kejayaan.
“Saya harap dapat mencipta sejarah kerana peluang ini mungkin hadir sekali seumur hidup,” katanya.
Sekalipun Elly menggalas tugas pelumba utama pasukan AirAsia Malaysia 125cc MotoGP Team, namun jentera Yamaha milik Zulfahmi lebih pantas dengan catatan sepusingan sekitar 2 minit 2.00 saat, berbanding jagoan dunia, sekitar 2 minit 1.5 saat.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Ahmad Razlan Ahmad Razali, berkata pemilihan kedua-dua pelumba terbabit dibuat tiga minggu lalu.
“Pemilihan kedua-duanya dipertimbangkan dengan teliti oleh banyak pihak termasuk wakil pasukan dari Itali, Ongetta Team ISPA, yang menyediakan jentera Aprilia 125 RSW.
“Namun, sama seperti Elly, prestasi Zulfahmi turut mengejutkan. Jadi, adalah sewajarnya untuk kami memberi peluang kepada anak muda ini menimba pengalaman sekali gus menjadi inspirasi kepada pelumba lain tanah air pada masa depan,” kata Ahmad Razlan dalam sidang media di SIC, semalam.
Ahad, 11 Oktober 2009
Lebih mewah dengan Fords Escape
KETIKA model pertama kenderaan sport utiliti (SUV) Fords Escape dilancarkan kira-kira lapan tahun lalu, ramai mengingati iklan jentera itu di kaca televisyen yang menggunakan Escape sebagai pemain bola sepak.

Iklan berkenaan yang menggambarkan kelasakan dan ketangkasan bertanggungjawab memperkenalkan model Escape di pasaran tempatan.
Kini, pengedar kenderaan Ford, Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd (Auto ConneXion) membawa jentera itu semula ke pasaran dengan gaya lebih terkini, mewah dan berkuasa.
Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Filipina itu memasuki pasaran Jun lalu dan peluang memandu uji model Ford Escape 2.3L 4X4 XLT pastinya satu pengalaman menarik.
Rupa luarannya diberi nafas baru, seratus peratus berbeza berbanding model pertama.
Escape kini lebih aerodinamik dan berwajah global berbanding model terdahulu lebih kepada rekaan barat yang berkotak.
Beberapa sentuhan kosmetik seperti gril hadapan krom lebih lebar, lampu antikabus bulat di dalam perumah baru menjadikan rupa SUV ini lebih segar.
Malah, lampu belakang LED sangat menarik serta membantu pemandu belakang melihat lebih jelas terutama ketika membrek.
Walaupun Escape bersaiz sederhana, ketelitian kejuruteraan Ford menjadikan model ini tampak besar dan tampan.
Ruang dalamannya menggunakan warna cerah (Beige) manakala kokpit tengah dberi sentuhan warna titanium.
Susunan butang kawalan hawa dingin dan pemain audio baru terlalu ringkas, tetapi mudah dicapai pemandu dan penumpang hadapan.
Lima penumpang dewasa bersama ruang barangan belakang menjadikannya kenderaan paling sesuai untuk beriadah bersama keluarga atau kawan-kawan.
Satu lagi ciri yang perlu ada bagi sebuah SUV adalah bumbung suria dan Escape menjadi antara model SUV saiz sederhana dilengkapi kemudahan itu.
Balutan kulit mewah menambahkan lagi keselesaan terutama ketika melakukan perjalanan jauh.
Ford Escape 2.3L 4X4 XLT dibekalkan dengan nadi terbaru yang didatangkan bersama teknologi Variable Valve Timing (VVT) dan Electronic Throttle Control (ETC) yang menyalurkan tenaga tambahan seterusnya berjaya mengurangkan penggunaan bahan api.
Model terbaru ini menempatkan tombol gear di lantai berbanding bahagian leher stereng pada model terdahulu.
Padanan sistem suspensi Independent Multilink mengurangkan olengan ketika mengambil selekoh manakala pecutan di jalan raya memuaskan.
Jentera bergaya ini mampu memecut sehingga 165 km/j, tetapi faktor fizikalnya yang tinggi agak menggusarkan.
Sistem Control Trac II membolehkan keempat-empat roda dikunci apabila jentera memerlukan lebih cengkaman sewaktu melalui jalan tidak rata atau berbukit.
Escape ditawarkan dengan beg udara berkembar hadapan dan beg udara sisi serta Brek Anti Kekunci (ABS) bersama EBD pada keempat-empat rodanya.
Dengan harga RM134,837 (tak termasuk cukai jalan dan insurans), Escape bakal menarik perhatian mereka yang mahukan SUV moden lasak dan bergaya urban.
>SPESIFIKASI
Ford Escape 2.3 4x4 XLT
Enjin: Durateq 2,261cc empat silinder DOHC 16V VVT dan ECT
Kuasa maksimum: 154hp pada 6,000 rpm
Tork maksimum: 200Nm pada 4,000 rpm
Transmisi: Automatik empat kelajuan
Ciri keselamatan: ABS, EBD, bed udara hadapan berkembar dan sisi
Harga: RM134,837 tak termasuk cukai jalan dan insurans.
Tayar yang dicadangkan: ContiCrossContact LX 215/70 R16 100T
Sabtu, 19 September 2009
Khamis, 10 September 2009
Belang R150 radikal dan penuh kuasa
SELEPAS lebih setahun berada di pasaran, penulis akhirnya berpeluang menunggang uji kapchai 'kontroversi', Belang R150. Jentera kerdil keluaran Suzuki yang menyentap kaki-kaki kapcai di negara ini.
Binaannya yang dikatakan berkongsi teknologi yang dimiliki oleh model-model jauh lebih berkuasa (superbikes) menambah keinginan untuk menguji kehebatannya.
Pada pertemuan kali pertama, penampilannya nampak begitu berbeza berbanding model-model lain keluaran Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd.
Tanpa melihat risalah yang disertakan terlebih dahulu, tunggangan pertama sekadar untuk menguji pick-up. Kuasa yang diberikan memang menyentap keseluruhan badan (berbanding kapcai lain).
Ia juga terbukti setiap kali penulis bermula di hentian lampu isyarat. Motosikal ringan yang memiliki nisbah kuasa berat ini pasti meninggalkan kenderaan lain jauh di belakang.
Belang R150 adalah jentera sports serba baru yang merupakan antara terpantas dalam barisan 150cc.
Prestasi unggul dihasilkan oleh enjin Double Overhead Camshafts (DOHC) dan empat injap yang biasanya terdapat pada motosikal berkuasa tinggi. Konfigurasi yang menghasilkan pecutan lancar ketika berada pada kelajuan rpm yang tinggi.
Dengan enam transmisi kelajuan, Belang R150 memberikan pilihan nisbah gear yang menjamin keselesaan dalam pelbagai keadaan jalan.
Ia disokong dengan pengendalian mudah dan ringan yang cukup sesuai untuk kegunaan dalam bandar dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan bahan bakar yang optimum.
Pilihan mod
Keistimewaan motosikal yang dinamakan Raider R150 di Indonesia dan Filipina ini adalah pilihan mod tunggang yang boleh disesuaikan mengikut rentak penunggang sama ada penyelarasan biasa, ekonomi (ECO) dan kuasa (PWR).
Untuk kuasa sempurna, mod biasa sudah memadai untuk perjalanan yang lancar tanpa mengambil kira faktor ekonomi bahan bakar berbanding pilihan ECO.
Untuk lebih penjimatan, kapasiti kuasa yang diturunkan melalui penyelarasan ECO memberikan penggunaan bahan bakar lebih efisyen.
Untuk tunggangan lebih agresif, mod PWR menawarkan revolusi enjin pada tahap terbaik. Kuasa yang dimaksudkan penulis awal-awal tadi.
Dalam ujian kepantasan (top speed), paparan meter digital menunjukkan capaian tertinggi sehingga 130 kilometer sejam.
Ringan dan tahan lasak
Selain penampilan garang dan radikal yang jelas melalui lampu depan motosikal ini, binaan daripada aluminium tahan lasak yang banyak digunakan memaksimumkan tarikan imejnya yang sporty.
Beberapa ciri lain juga menjadikan Belang R150 berbeza dengan saingannya termasuk penggunaan ganjal kaki aluminium seperti yang digunakan pada motosikal sports mewah.
Kelancaran model ini disokong roda dengan rim aluminium aloi 10 jejari yang menggunakan kuasa hentian daripada cengkaman brek cakera di depan dan belakang yang bergaris pusat kosong.
Pada paparan meter digital LCDnya, Belang R150 dilengkapi maklumat mudah dibaca beserta takometer analog besar seperti yang terdapat pada model Suzuki GSX-R1000.
Sebagai rumusan, model yang didatangkan dalam dua variasi warna iaitu kombinasi merah Autumn dan hitam titan serta kelabu gelap/hitam titan ini mampu menjadi penanda aras dalam segmen motosikal sports kategori pertengahan.
Jentera penuh kuasa ini dijual pada harga RM7,570 seunit (tidak termasuk cukai jalan). Hubungi pengedar sah Suzuki berdekatan untuk tunggang uji atau hubungi Suzuki Malaysia di talian 03-5569 9258 untuk keterangan lanjut.
Volkswagen perkukuh jenama dalam sukan
JENAMA kenderaan terkemuka di dunia, Volkswagen yang menampilkan model terkini selepas era kereta ‘Beatles’,semakin digemari di negara ini.
Sejak VW dibawa masuk secara rasmi ke negara ini oleh Cartrade Group (CTG) Sdn. Bhd pada 2006, jenama itu semakin dekat di hati peminat kereta mewah.
Peminat jatuh cinta dengan VW selepas melihat kelibat model-model VW yang menjadi kereta rasmi di dalam beberapa acara sukan bertaraf antarabangsa di negara ini.
Setakat ini, CTG menaja VW sebagai kereta rasmi dalam perlumbaan Formula Satu (F1), perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL), kejohanan perahu layar Piala Monsoon dan perlumbaan MotoGP dunia.
VM juga mengaum sebagai kenderaan rasmi dalam acara sukan lain seperti perlumbaan lasak Malaysia Merdeka Millennium Endurance (MME), Super GT dan A1 GP.
Sepanjang tiga tahun aktif menjadi penaja kenderaan, jenama VW kini semakin sinonim dalam arena sukan tempatan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan VW merupakan antara rakan sukan terkemuka ketika ini.
Pengarah Jualan CTG, Helmi Ilyas berkata, penglibatan CTG menjadikan VW sebagai kenderaan rasmi dalam sesuatu acara sukan bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan jenama VW.
Katanya, CTG mahu membantu kelancaran sesuatu acara sukan bertaraf antarabangsa dengan menyediakan kenderaan yang sesuai.
Apa yang jelas, impak daripada penglibatan VW dalam sukan sudah mula dirasai.
Menurut Helmi, menerusi penajaan kereta VW ketika berlangsungnya kejohanan sukan berprestij, para peminat kenderaan tersebut berpeluang melihat secara dekat model terbaru VW.
‘‘Volkswagen menguasai jalan raya ketika berlangsungnya LTdL tahun ini apabila kami menyediakan 120 kereta termasuk untuk kegunaan media.
‘‘Ketika perlumbaan F1 tahun ini, kami menyediakan 42 kereta Volkswagen, kejohanan perahu layar Piala Monsoon tahun lalu 35 kereta disediakan.
‘‘Bagi perlumbaan tahun ini (Piala Monsoon), kami akan menyediakan 60 kereta rasmi.
‘‘Kami bangga kerana penglibatan kami dapat menjadikan perjalanan sesuatu acara sukan bertaraf antarabangsa begitu lancar sempurna dengan adanya kenderaan yang sesuai seperti Volkswagen.
‘‘Penggemar kenderaan ini yang amat popular dengan model ‘Beatles’ sebelum ini secara tidak langsung boleh menatap sendiri model terbaru Volkswagen yang kami sediakan ketika berlangsungnya sukan terkemuka di negara ini,’’ katanya. Strategi pemasaran CTG berkesan.
Dalam tempoh yang singkat model-model terkini VW menjadi antara kereta import bertaraf mewah terbaik di negara ini.Malahan Volkswagen menduduki tempat ketiga dalam senarai produk mewah import di negara ini.
Model paling laris dan digemari pastinya Golf GTI. Reka bentuknya memikat, manakala kuasa pecutannya mengkagumkan menjadikan ia pilihan penggemar selepas populariti ‘Beattles’
Tambah Helmi, selain terlibat sebagai penaja kenderaan rasmi dalam sukan bertaraf antarabangsa, CTG juga mengambil bahagian dari perlumbaan kereta seperti MME.
‘‘Kami menubuhkan pasukan sendiri di bawah nama CTG, namun kami menggunakan kereta lain dan bukannya Volkswagen,’’ katanya.
Khamis, 3 September 2009
Gegaran enjin
JELAJAH Menteri Besar Negeri Sembilan dan Festival Motosikal Antarabangsa Port Dickson (PDIBF) baru-baru ini, mendapat sambutan hangat melalui penglibatan 250 penunggang motosikal berkuasa tinggi.
Program penjelajahan selama dua hari di Negeri Sembilan pada tahun ini turut menerima penyertaan dari Singapura, Thailand dan Indonesia.
Berbeza dengan festival tahun lalu yang menghimpunkan semua aktiviti di Resort Eagle Ranch, Port Dickson, Negeri Sembilan, acara konvoi kali ini diperluas dengan kunjungan ke setiap daerah di negeri itu.
Kesempatan memberikan peluang kepada peserta untuk mengunjungi lokasi-lokasi menarik dan mengenali dengan lebih dekat budaya masyarakat setempat di Negeri Adat Pepatih itu.
Program anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS) dengan kerjasama Tourism Malaysia serta agensi kerajaan negeri tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri dalam usaha mempromosikan sektor pelancongan di setiap daerah.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, penglibatan konvoi motosikal berkuasa tinggi diharap dapat membantu mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada.
"Mereka yang terlibat dalam aktiviti bermotor diharap dapat menyebarkan cerita mengenai keistimewaan yang terdapat di negeri ini melalui kelompok mereka," ujarnya.
Pelepasan konvoi disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS), Badrulhisham Abdul Rahman.
Perjalanan dari Seremban pada pagi itu menuju ke inap desa pertama iaitu Inap Desa Kuala Klawang yang disambut Pengerusinya, Siti Hawa Ab Mukti.
Pada pukul 11 pagi, konvoi meneruskan perjalanan ke Inap Desa Lonek yang disambut meriah dengan paluan Cak Lempong dan majlis Minuman Selamat Datang oleh seluruh penduduk kampong.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lonek, Ramli Abd Hamid berkata, lokasi Inap Desa Lonek yang terletak tidak jauh dari Kuala Pilah itu sesuai dijadikan destinasi tunggangan bagi penggiat aktiviti bermotor.
Hari kedua bermula dengan acara poco-poco sebelum peserta bergerak ke Adventure Community Centre Sukabumi, Rembau.
Kemeriahan acara yang diatur sepanjang jelajah tidak begitu memenatkan peserta malah laluan yang digunakan menyajikan 'trek' yang cukup menghiburkan bagi kaki-kaki motor.
Cabaran utama sepanjang konvoi adalah ketika laluan menuju ke Inap Desa Pachitan, Port Dickson apabila hujan lebat turun sepanjang perjalanan. Mujurlah lalu lintas dipermudahkan dengan bantuan anggota polis dan kakitangan petugas.
Konvoi turut singgah di beberapa buah lokasi termasuk Muzium Adat (Jelebu), Teratak Za'ba (Jempol), Sawari F' Best (Jempol), Lemang Valley dan Rembau Kristal (Rembau) dan Tugu Sungai Kelamah (Tampin).
Penunggang dari Singapura, Serene Lee, 45, berkata, pengalaman konvoi memberi peluang kepada beliau untuk berkenalan dan berkongsi cerita dengan penunggang-penunggang negara ini.
Serene yang menunggang motosikal Triumph memberitahu, PDIBF antara konvoi yang paling menyeronokkan yang pernah disertai sepanjang sembilan tahun terlibat dalam aktiviti bermotor.
Penjelajahan berakhir di Resort Eagle Ranch Resort Port Dickson dengan sebahagian peserta sudah mula merancang untuk menyertai ekspedisi pada tahun depan.

Hari pertama (31 Julai 200)

Hari Kedua (1 Ogos 2009)

Sabtu, 29 Ogos 2009
Konvoi Honda City 2009
Bermula dengan perbincangan ala-kadar di laman sosial Facebook, konvoi Honda City 2009 dari Kuala Lumpur ke Kuala Gandah baru-baru ini bukan sahaja menguji keintiman pemilik dengan kenderaan malah berakhir dengan pengalaman percutian yang cukup menarik.
Walaupun ringkas, kembara sejauh kira-kira 200 kilometer yang dianjurkan secara eksklusif itu membina keakraban di kalangan ahli yang selama ini hanya dikenali sebagai rakan maya.
Perjalanan ke Pusat Pemuliharaan Gajah dan Deerland Kuala Gandah, Pahang membolehkan peserta menguji prestasi dan keupayaan sebenar jentera masing-masing di samping berkongsi cara pemanduan jarak jauh.
Perjalanan menggunakan Lebuh Raya Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menuju ke Bukit Rengit, Lanchang menyusuri laluan berbukit dan mencabar.
Perjalanan santai yang mengambil masa kira-kira dua jam itu juga adalah litar bagi setiap pemilik menguji kemahiran memandu.
Langgan:
Catatan (Atom)
FOLLOW ME
JOIN LAH
LINK PENDIDIKAN
LAIN-LAIN LINK
- Kerja sambilan di rumah
- Download sofware android market
- DOWLOAD CERITA
- KEDAI ONLINE UBATAN TERENGGANU
- PORTAL RASMI MAJLIS DAERAH CAMERON
- JAWATAN KOSONG LINK TNB
- KEDAI Bot
- INFO PEMBELIAN RUMAH
- MAP
- BIZ TOPUP
- RUMAH ANAK YATIM NURULIMAN
- PERBADANAN NASIONAL BERHAD
- PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
- SMIDEC
- MARA TERENGGANU
- PENDAFTAR PERTUBUHAN
- JAWATAN KOSONG CARREER
- JAWATAN KOSONG VACANCIES
- PERTAHANAN
- TENTERA
- BOMBA
- KESIHATAN
- POLIS
- JAWATAN KOSONG.COM
- SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
- ISTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA
- PERBADANAN NASIONAL BERHAD
- DOWLOAD CERITA
LINK Blog Saya
-
-
-
-
-
20 Tips Ampuh Mengatasi Jerawat yang Membandel10 tahun yang lalu
-
2.6 Billion Dana Untuk Menggerakkan Jentera Parti11 tahun yang lalu
-
-
Hidup Dalam Dunia Sendiri11 tahun yang lalu
-
Marquez sambar petak pertama11 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Al-Fatihah14 tahun yang lalu
-
Utusan Malaysia Online - Politik14 tahun yang lalu
-
-
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI15 tahun yang lalu
-
PERJUANGAN15 tahun yang lalu
-
dah lama x masuk blog aku ni....15 tahun yang lalu
-
-
Tanda di dahi Saiful pun nak diiisukan? Astaghfirullah..16 tahun yang lalu
-
-
PERHATIAN!!16 tahun yang lalu
-
-
-
REKREASI17 tahun yang lalu
-
-
Blog closed17 tahun yang lalu
-
-
-
chinness antique17 tahun yang lalu
-
Bantuan Gaza di sekat di Ramallah ?17 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-