Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Dunia Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia Artis. Papar semua catatan

Ahad, 16 Januari 2011

Cabar diri dengan konsert









ANAK muda ini jiwanya meluap-luap. Teruja membawa darah merahnya yang laju mengalir dengan nota-nota lagu beriringan.
Aizat kalau dalam sembang yang santai tidak pernah lekang dengan perkembangan konsert di sana sini.
Ada sahaja maklumat terkini yang disalurkan. Dia memang 'alah' mendengar perkataan konsert.
Untuk anak muda yang berpasakkan tanah Akademi Fantasia sebagai pemula kerjaya seninya, dia sedang melalui fasa demi fasa sepanjang bergelar penghibur.
Realitinya mungkin benar, kadangkala khalayak terlupa bahawa Aizat adalah produk program realiti.
Kesungguhannya dalam bidang yang dicintainya mengaburi hakikat itu.
Nasihat buat Ana Raffali
Dia antara produk realiti yang kuat bekerja namun tidak gelojoh. Melihat perjalanan yang lancar, khalayak meletakkan dia sebagai komposer generasi muda yang semakin berjaya.
Penulis menyusuri jiwa halusnya seketika. Bertanyakan sesuatu yang mungkin dekat di hatinya.
Lelaki yang lahir pada 21 Januari 1989 ini pernah bergelar juara tahun lepas di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan lagu Pergi nukilan Pete Teo.







Kemenangannya seolah-olah direstui semua. Walaupun ada yang berbunyi, ia tidak kuat berciak seperti tahun ini sebaik sahaja lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali diumumkan sebagai juara.
Kritikan terhadap keputusan juri itu turut bergema di Internet.
Sebagai seorang pemuzik, Aizat sedih melihat insiden itu apatah lagi dia sendiri pernah melalui saat itu.
Live In Damansara
"Saya sedih dengan apa yang terjadi selepas lagu Ana Raffali diumumkan sebagai juara. Kita tidak boleh salahkan Ana.
"Dia hanya mempersembahkan lagu tulisannya. Kalau yang mengkritik itu mahu bersuara, suarakan pada para juri dan kaji sebab lagu itu dipilih.
"Apa yang boleh saya katakan sebagai individu yang pernah melalui pengalaman itu, Ana mesti kuat.
"Memang kita tidak boleh senangkan hati semua pihak.
"Lebih penting lagi, dia perlu lebih dekat dengan keluarganya kerana mereka sebenarnya tulang belakang yang sentiasa menyokong kita," jujurnya bersuara.
Bergelar juara AJL sememangnya mampu meningkatkan lagi tahap populariti dan kepercayaan khalayak kepada seseorang penyanyi dan komposer.
Justeru apa pesan Aizat, juara AJL tahun lalu kepada Ana Raffali?
"Jangan fikir sangatlah. Apa yang perlu dibuat kini adalah maju selangkah lagi.


TIKET konsert sulung Aizat laris seperti pisang goreng panas.



"Rancang perjalanan seterusnya, itu yang paling penting," ujar si vokalis solo yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu ini.
Debaran bukan sedikit yang terkumpul di dada Aizat hingga tanggal 29 Januari depan.
Sebuah konsert sulung yang bakal berlangsung di Bentley Music Auditorium, Wisma Bentley, Damansara bakal menjadi satu lagi pengukur buat Aizat.
Ada alasan mengapa konsert dengan nama Urusan Aizat Amdan - Live In Damansara itu perlu dilaksanakan.
"Dari sudut perniagaan, ia dapat membantu jualan album kedua saya, Urusan Aizat Amdan.
"Dari segi persembahan, saya mahu membuktikan kepada pihak penaja di luar sana bahawa penyanyi kita mampu menarik minat penonton yang mempercayai produk kita sendiri.
"Melalui aspek karier, saya rasa setiap artis perlu mengadakan konsert untuk mempamerkan kemampuan masing-masing," ujarnya yang akan mengadakan konsert tersebut dengan suntikan elemen konseptual dan mempunyai pengaruh grup The Beatles.
Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam bermula pukul 8.30 malam itu akan berbalut dengan lagu-lagu Aizat yang pernah dimuatkan dalam album Percubaan Pertama dan Urusan Aizat Amdan.
Mengangkat abangnya Anas selaku pengarah muzik, Aizat yakin benar dengan kemampuan darah dagingnya itu.
Jujur Aizat, dia diselubungi rasa takut. Hakikatnya dia perlu menolak perasaan itu kerana tiket konsert sulungnya itu sudah habis terjual dalam masa yang singkat.
Sudah tentu itu satu petanda baik yang diberikan oleh peminat buat dirinya yang baru mula berkolek dalam sungai hiburan.
"Awalnya saya takut kalau-kalau dewan tersebut tidak penuh. Tapi syukur tiket sudah habis terjual.
"Kini, saya risau dan berasa tercabar, adakah saya mampu menyampaikan setiap lagu dengan baik buat penonton kelak?
"Maklumlah, saya tidak pernah mengadakan konsert. Saya tidak sangka diterima oleh para peminat di kawasan bandar.
"Sebelum ini saya sangka hanya peminat di luar kota yang menyukai saya," katanya.
Jelajah Malaysia
Usai konsertnya kelak, Aizat bakal menjelajah seluruh negara dengan lagu-lagu dan nyanyian jiwanya.
Ini salah satu cara dia menjual produk keluaran Kasi Gegar Entertainment dan merapati peminatnya.
Aizat menyusun satu demi satu langkahnya, bukti dia benar-benar berjiwa anak seni.
Aizat bersuara menyatakan cita-citanya.





Bunyinya seperti satu perancangan jangka panjang tetapi di balik hasrat itu, penulis faham jiwa mudanya sudah berfikir ke arah hidup berpasangan. Lebih serius mungkin.
"Saya perlu tingkatkan pencapaian saya sebagai anak seni.
"Jujurnya, saya mahu menyara isteri dan anak-anak saya dengan hasil titik peluh sebagai penyanyi, penghibur, komposer dan anak seni.
"Itu impian saya untuk keluarga saya kelak," senyum anak muda ini tidak malu-malu.
Enggan penulis bertanyakan lebih lanjut tentang pasangan hatinya kini, penulis tahu jawapannya akan jadi klise - kami berkawan baik.
Senyuman pelakon manis Liyana Jasmay yang tiba-tiba datang memberi minuman buat 'kawan'nya ini sudah penulis fahami.
Ya, mereka memang 'berkawan baik'. Ada bunga di situ buat si kumbang.

Rabu, 15 Disember 2010

Kempen undian ABPBH 2010 bermula


ANTAR artis yang hadir bergambar depan kereta Nissan Teana yang menanti pemenang Bintang Paling Popular ABPBH.

ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 kembali lagi, iaitu edisi ke-24 penganjurannya sejak ia mula diadakan pada 1987. Bertemakan Moden & Klasik, untuk peringkat awal pencalonan dalam ABPBH 2010, ia menyaksikan kira-kira 600 calon daripada kalangan artis dan selebriti tanah air berentap menerusi 16 kategori. 

Borang pencalonan pusingan awal ABPBH 2010 dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian/Berita Minggu sejak 26 November lalu bagi membolehkan peminat dan pembaca memilih calon `Top 5' ke peringkat akhir bagi setiap 16 kategori dipertandingkan. Majlis gilang gemilang itu akan berlangsung dari Arena of Stars, Genting Highlands pada 3 April depan.
ABPBH 2010 menyenaraikan pencalonan peringkat saingan awal membabitkan kategori Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular, Penyanyi Nasyid Popular, Penyampai Radio Lelaki Popular, Penyampai Radio Wanita Popular, Pengacara TV Lelaki Popular, Pengacara TV Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, Artis Baru Wanita Popular, Artis Baru Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Komedi Wanita Popular.
Bagaimanapun, Jabatan Pengarang dan Jawatankuasa Induk ABPBH 2010 meletakkan syarat tertentu bagi artis dan selebriti yang ingin menarik diri daripada pencalonan ABPBH. Tahun lalu, penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan menarik diri selepas meraih kemenangan Bintang Paling Popular ABPBH 2009. 

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2010, Zainuri Misfar, berkata mereka yang dicalonkan seboleh-bolehnya tidak digalakkan untuk menarik diri daripada pencalonan ABPBH. Bagaimanapun, bagi tidak membolehkan isu itu berbangkit memandangkan Siti Nurhaliza mengumumkan menarik diri, ABPBH meletakkan syarat penarikan diri boleh dibuat secara bertulis. 

"Keputusan menarik diri hanya dibenarkan kepada mereka yang sudah memenangi gelaran Bintang Paling Popular sebanyak tiga kali atau lebih. Mana-mana calon yang sudah dibenarkan menarik diri tidak boleh dicalonkan atau mencalonkan semula namanya di ABPBH untuk edisi seterusnya biarpun memiliki album, lagu single atau filem terbaru. 

"Bagaimanapun, keputusan sama ada membenarkan penarikan diri daripada pencalonan tertakluk kepada keputusan Jabatan Pengarang dan Jawatankuasa Induk ABPBH 2010. Selain itu, pencalonan bagi semua kategori dipantau penganjur membabitkan artis yang aktif dalam kerjaya sepanjang tahun ini bermula Januari hingga Disember 2010. Ia membabitkan perfileman, muzik dan penyiaran radio dan televisyen," katanya pada majlis pelancaran dan pengumuman pencalonan awal ABPBH 2010 di Holiday Villa Subang, Selangor, Rabu lalu. 
Selain itu, ABPBH 2010 turut melancarkan laman web ABPBH 2010 iaitu www.abpbh.com.my. Acara disempurnakan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) selaku Penaung ABPBH 2010, Datuk Mior Kamarul Shahid bersama Siti Nurhaliza. 

Hadir sama, Penasihat ABPBH 2010 merangkap Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mahfar Ali dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2010/Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan Berita Harian, Hanizam Abdullah. 

Laman web ABPBH akan menyalurkan maklumat berkaitan dengan anugerah, selain peminat dan pembaca boleh berinteraksi dalam laman sosial facebook.com/abpbh atau twitter.com/abpbh. 

Mior berkata, ABPBH menjadi medan untuk artis dan selebriti tanah air menilai sejauh manakah tahap penerimaan diri dan hasil kerja mereka, seterusnya membawa kepada peningkatan sumber pendapatan dan taraf sebagai bintang seni. 
Ini disebabkan apabila populariti diraih maka nilai kerja seperti imbuhan dan bayaran serta nama mereka diraikan peminat. 

"Saya bersyukur kerana Berita Harian dapat meneruskan lagi penganjuran ABPBH yang memasuki edisi ke-24 sejak mula dianjurkan pertama kali pada 1987. Kami memulakan kerja merancang dan menggerakkan tugas penganjuran ABPBH 2010 sejak Ogos lalu. 

Diakui, ABPBH memang dinantikan ramai kerana ia menjadi kayu pengukur mutlak sejauh mana kehadiran dan populariti seseorang artis dalam industri hiburan. Ingatlah, sebagai insan seni anda adalah insan bertuah kerana dikurniakan bakat dan keistimewaan. Hargai dan pupuk bakat yang ada bersama semangat, ilmu dan kesungguhan supaya kehadiran anda dipandang, dihargai, dimuliakan dan dihormati," katanya. 

Untuk edisi kali ini, pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2010 bakal membawa pulang kereta Nissan Teana 2.0 bernilai RM133,400 manakala pembaca bertuah menerima Grand Livina berharga RM88,600 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. 

ABPBH 2010 juga mendapat tajaan Genting Resort World, Perusahaan Orang Kampung menerusi produk terbarunya, Chantek, selain Hotel & Suite Holiday Villa Subang, Euro Moda daripada Gulati's, Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia serta penyiar dan radio rasmi, TV3 dan HotFM. 

Pada majlis itu, tetamu turut dihiburkan persembahan Aizat yang menyampaikan lagu Masih Aku Terasa dendangan asal Gersang dan Sungai Lui. Azlan & The Typewriter menarik perhatian ramai ketika menyampaikan lagu Jeritan Batinku. Selain itu, naib juara Bintang Idola Berita Harian Zon Tengah, Farah Nabilla Noor Anuar turut diundang dengan menyampaikan lagu Big Spender. 

Antara artis lain yang hadir ialah Diana Danielle, Black, Shahir, Adira, Ady Putra, Rina, Faizal Ismail, Rafidah Ibrahim, Daus, Mizz Nina, Bunkface, Rabbani, Jinbara dan ramai lagi.

Sabtu, 27 Mac 2010

Selamat hari jadi Lady Gaga!

GAMBAR di laman Twitter menunjukkan Lady Gaga yang tidak memakai baju memegang cawan teh. 
 
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Lady Gaga sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia menyiarkan gambarnya yang tidak memakai baju di laman Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu menunjukkan dia sedang memegang cawan teh berwarna merah.

"Tiada bandingan bagi cawan teh berwarna merah komunis untuk dijadikan hadiah hari jadi yang sempurna," kata Lady Gaga menerusi mesej di laman berkenaan.

Penyanyi itu dilihat mendedahkan payu daranya semasa bergambar dengan cawan tersebut.

Lady Gaga, 23, yang bakal menyambut hari lahirnya esok memetik kenyataan daripada penulis bersama Communist Manifesto, Karl Marx iaitu;" "Perkataan terakhir adalah untuk orang bodoh yang tidak pernah menyatakan cukuplah."

Lady Gaga yang kerap mencetuskan kontroversi yang dianggap sebagai artis yang pelik.
Dia telah memenangi dua anugerah Grammy pada Januari lalu menerusi lagu Poker Face dan The Fame. - Agensi.

Sabtu, 26 Disember 2009

Lima artis berpesta diserbu polis



KUALA LUMPUR - Lima artis adalah antara 361 pengunjung pusat hiburan eksklusif Rootz Club di pusat beli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini yang terkedu apabila premis tersebut diserbu secara tiba-tiba oleh polis semalam.

Serbuan pada pukul 3 pagi itu dilakukan di tingkat lapan ruang bumbung pusat beli-belah Lot 10 yang menempatkan pub yang didakwa popular di kalangan artis dan orang kenamaan.

Daripada mereka yang ditahan, 20 positif ujian air kencing, dua ditahan kerana memaki hamun polis dan dua lagi ditangkap kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Siapakah artis itu.???

Khamis, 24 Disember 2009

10 jenis ubat di sisi katil



LOS ANGELES: Sepuluh jenis ubat berbahaya, termasuk ubat penenang dan tahan sakit ditemui dalam botol di sisi katil pelakon, Brittany Murphy selepas kematiannya.

Menurut akhbar laman web selebriti, TMZ, antara ubat yang dibimbangi dimakan oleh aktres berusia 32 tahun itu termasuk ubat untuk rawatan mencegah radang.

Polis yang menyiasat kematiannya Ahad lalu akibat serangan sakit jantung dijangka menyoalsiasat doktor yang memberikan ubat itu kepadanya.

Britanny disahkan mati di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Hollywood Hills.

Pejabat koroner daerah kini menanti ujian toksik dan tisu sebelum menyatakan secara rasmi punca kematiannya.

Suaminya, penulis skrip lakon layar warga Britain, Simon Monjack yang bercakap kali pertama mengenai kematian isterinya semalam berkata: “Kehidupan saya musnah pada hari kematiannya.”

Senarai ubat-ubatan itu terkandung dalam laporan penyiasat.

Laporan itu antara lain menyebut: “Pemeriksaan yang dilakukan mendapati sejumlah besar ubat-ubatan atas nama si mati.

“Turut ditemui ialah beberapa botol ubat atas nama suami dan ibunya serta nama orang ketiga.”

Ubat yang temui itu termasuk Carbamazepine, ubat sawan, Methylprednisolone, ubat pencegah radang, Propranolol, ubat jantung, Klonopin dan Ativan, dua ubat penenang, Topamax, satu lagi ubat pencegah sawan, Biaxin, ubat antibiotik, Vicoprofen, Fluoxetine dan Hydrocodone iaitu tiga ubat tahan sakit.

Aktres berkenaan berlakon dalam beberapa projek perfileman beberapa bulan sebelum kematiannya.

Dia sepatutnya memulakan penggambaran untuk filem Shrinking Charlotte bulan depan.

Penulis yang juga pengarah filem, Rene Eram menyifatkan Brittany sebagai pelakon yang hebat dan profesional tetapi kelihatan terlalu kurus.

“Saya menyedari berat badannya turun secara mendadak sepanjang enam bulan lalu,” kata Eram.

Adik tiri pelakon 8 Mile dan Clueless itu, Jeff Bertolotti berkata, Hollywood menjadi sebahagian daripada punca kematian Brittany.

“Mereka yang bercita-cita menjadi selebriti datang ke Hollywood dan sama ada mereka berjaya atau tidak, mereka akan tenggelam akhirnya. Itu yang berlaku pada Brittany,” kata Bertolotti. — Agensi

Selasa, 22 Disember 2009

Saya tak peduli



KUALA LUMPUR: “Saya tak kisah orang nak cakap apa pun selepas ini. Itu terpulanglah kepada mereka. Pada masa sama, saya juga tidak tertekan dengan apa yang berlaku.

“Apa yang penting, saya melakukan perkara yang baik di sisi Allah. Siapa pun jodoh saya, itu ketentuan Allah. Saya juga mendapat restu keluarga sebelum memutuskan untuk berkahwin dengannya,” kata pelakon popular, Zizie Izette Abd Samad ketika diminta mengulas mengenai pernikahannya dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Selepas sekian lama berteka-teki, Zizie akhirnya tampil membuat pengakuan dia memang sudah berkahwin dengan Bung Moktar seperti dihebohkan ketika ini.

Sehubungan itu, Zizie, 31, ketika dihubungi Harian Metro semalam berharap pihak media tidak akan memperbesarkan lagi cerita itu selepas pengakuannya.

“Maaflah, saya tak boleh beritahu lebih lanjut di mana dan bilakah majlis pernikahan kami berlangsung.

“Saya juga tak dapat mengulas lanjut cerita berkaitan majlis pernikahan kami kerana perlu menjaga hati pihak satu lagi (isteri pertama Bung Moktar, Datin Nor Asidah Alimuddin),” katanya.

Zizie berkata, dia yakin keputusannya menamatkan zaman bujang perkara terbaik dilakukan dalam hidupnya.

“Sebelum ini, saya memang tak pernah menyembunyikan apa-apa daripada media mahupun peminat kerana saya tak suka bersikap hipokrit. Cuma kali ini saya terpaksa berdiam diri daripada bercerita perkara sebenar untuk kebaikan semua pihak.

“Saya berharap media dan peminat memahami keadaan dan situasi yang saya hadapi ketika ini. Saya juga ucapkan jutaan terima kasih kepada media yang sentiasa menyokong,” katanya.

Zizie berkata, dia akan tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa.

“Bagi saya, semuanya selesai. Saya masih di lokasi penggambaran drama Suraya sehingga 25 Disember ini. Selepas semuanya reda dan apabila sampai masanya, saya akan fokus kepada kerjaya seni dan syarikat produksi yang ditubuhkan lebih sebulan lalu, 2121 Vision Pictures Sdn Bhd,” katanya.

Jumaat, 18 Disember 2009

Ibu Zizie restu Bung Moktar



KUALA LUMPUR: “Saya akan tetap merestui jika memang sudah ditakdirkan Datuk Bung menjadi pasangan hidupnya,” kata pelakon Khaty Fauziah mengulas desas-desus anaknya, pelakon popular, Zizie Izette Abd Samad sudah dilamar Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin.

“Zizie sudah mula bercinta sejak usia 14 tahun dan dia juga sudah berjumpa dengan ramai lelaki tapi nampaknya dia masih belum bertemu jodoh.

“Justeru, sebagai ibu saya terima jika ditakdirkan tuhan, Zizie berkahwin dengan suami orang atau menjadi isteri kedua kerana siapalah kita untuk menolak ketentuan tuhan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Bagaimanapun, dia menafikan anak gadisnya itu sudah dilamar ahli parlimen berkenaan.

“Sebenarnya tidak ada ura-urapun pihak Datuk Bung ingin melamar Zizie lagi. Saya juga tidak tahu dari mana pihak media mendapat cerita Zizie dilamar. Saya juga malu untuk bertanya kepada Datuk Bung sendiri bagaimana pihak media mendapat cerita berkenaan,” katanya.

Apapun, Khaty mengakui Zizie memang berkawan dengan ahli parlimen berusia 50 tahun itu.

“Saya cuma tahu mereka baru saja berkawan dan Zizie juga belum memberitahu saya jika dia ada perancangan untuk berkahwin dengan Datuk Bung. Sebenarnya bukan Zizie saja yang kenal Datuk Bung, saya juga sudah mengenalinya sejak dulu. Tapi saya tidak tahu pula jika Zizie dan Datuk Bung ada perancangan untuk berkahwin,” katanya.

Kata Khaty, dia juga tidak tahu-menahu bilakah pihak Datuk Bung akan menghantar rombongan meminang Zizie.

“Saya juga tidak boleh menjangka perkara seperti itu kerana ia boleh memalukan saya sekeluarga jika jangkaan saya tidak betul kelak,” katanya.

Sementara itu pembantu peribadi kepada pelakon popular, Zizie Izette Abd Samad, dikenali sebagai Erin ketika dihubungi berkata: “Memang benar Zizie sudah dilamar Datuk Bung (Moktar Radin) baru-baru ini, tapi dia masih belum memberi kata putus berhubung lamaran itu. Buat masa ini maaflah, dia tidak boleh komen lanjut mengenai perkara ini.

“Maklumlah banyak perkara perlu diambil kira sebelum Zizie membuat keputusan untuk menerima lamarannya itu kerana seperti yang kita sedia maklum, status beliau (Bung Moktar) yang sudah berkeluarga,” katanya.

Bagaimanapun, ketika diminta mengesahkan gosip berhubung rancangan Zizie untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya dengan Datuk Bung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam tadi, Erin mendakwa tiada sebarang perancangan ke arah itu.

“Zizie memang mengambil cuti selama dua hari daripada penggambaran drama bersiri Suraya iaitu pada 16 dan 17 Disember (semalam dan hari ini) atas urusan peribadi semata-mata dan bukan untuk persiapan majlis resepsi berkenaan. Saya juga baru pulang dari Genting Highland, hari ini (semalam) bersamanya dan Zizie terus pulang ke rumahnya selepas itu,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Zizie gagal apabila panggilan kepadanya tidak dijawab manakala SMS yang dihantar berulang kali tidak dibalas.

Selasa, 20 Oktober 2009



Katanya, sebagai manusia biasa, memang berasa trauma dengan kejadian yang menimpa itu. Sekalipun masih trauma, Anita tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Anita beruntung kerana suami sentiasa di sisi memberi semangat malah nampaknya Mahathir lebih kuat semangat berbanding dirinya kerana itulah kekuatan lelaki.

“Takkanlah kerana trauma dengan kejadian itu, kami hanya berkurung dalam rumah dan tidak keluar berjumpa orang pula. Tambah pula musim raya ini, banyak undangan menghadiri rumah terbuka. Justeru, saya dan suami tetap tidak melepaskan peluang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri NSTP kali ini.

“Ini adalah agenda tetap saya dan suami saban tahun. Acara seperti ini juga boleh mengeratkan silaturahim sesama artis lama dan baru serta bertukar fikiran mengenai perkembangan kerjaya seni masing-masing,” katanya.

Apapun, kata Anita, dia dan suami kini lebih berhati-hati dengan mengelak ke tempat sunyi dan kawasan yang sering terbabit dengan kejadian jenayah. Malah Anita dan suami cuba mengelak keluar rumah pada lewat malam.

“Kami sering berdoa kepada tuhan semoga sentiasa dilindungi daripada kejadian tidak diingini seperti itu pada masa depan. Apapun, saya baru selesai menjayakan program Perang Kuali untuk Astro.

“Keputusan pemenang program ini diumumkan Jumaat lalu. Jika tiada aral, saya akan buat untuk musim kedua nanti.

“Selain itu, selepas tampil dengan single raya Maafkan, saya akan muncul dengan single kedua yang masih dalam perbincangan dengan Astro,” katanya.

Keramahan Anita memang sudah diakui wartawan. Malah pada majlis rumah terbuka Aidilfitri NSTP di Hotel Hilton Kuala Lumpur itu, Anita bangga digandingkan dengan pelakon dan penyanyi Maya Karin.

Kata Anita, kali pertama berjumpa dengan Maya ialah beberapa tahun lalu. Ketika itu, mereka berlakon bersama dalam filem.


“Saya masih ingat, Maya menyambut saya dan suami di lapangan terbang dengan sejambak bunga. Dia juga mengaku sebagai peminat saya. Saya kagum dengan Maya kerana dia kini mencipta nama sebagai pelakon berbakat besar dan menang anugerah.

“Sampai sekarang, kejelitaan Maya tidak berubah. Selepas berkahwin, dia masih cantik seperti dulu dan bakat lakonannya semakin menyerlah di persada perfileman tanah air. Maya juga artis muda generasi baru yang saya minat,” katanya.

Jika Anita kini mempertaruhkan single raya Maafkan, Maya pula berdebar menanti reaksi peminat menerusi filem terbarunya, Pisau Cukur arahan Bernard Chauly yang menjengah pawagam tempatan pada 5 November ini.

Kata Maya, setakat ini, maklum balas yang diterima cukup memberansangkan daripada pihak media pada tayangan malam gala filem itu baru-baru ini. Sebagai pelakon, sudah pasti saya juga berdebar menantikan kutipan filem ini nanti.

“Demi kejayaan filem ini juga, saya dan pelakon lain akan turun padang untuk mempromosikan filem ini kepada peminat. Pada masa sama, Saya bersyukur kerana suami cukup memahami kerjaya seni yang diceburi dan sentiasa menyokong saya,” katanya.

Mengenai pandangannya pada Anita, Maya berkata, dia sangat mengagumi Anita sejak dulu. Kehebatannya ketika beraksi di pentas bukan saja memukau penonton, malah dicemburui generasi muda seperti dirinya.

“Saya kagum dengan tenaga yang dimilikinya hingga mampu beraksi hebat di pentas. Anita juga masih sihat dan aktif dalam bidang seni pada usia sekarang.

“Selain itu, saya juga mengikuti perkembangan kerjaya seni Anita dari dulu sampai sekarang. Antara persembahan hebatnya yang pernah saya saksikan ialah ketika dia beraksi di Royal Albert Hall London yang disiarkan menerusi laman sesawang You Tube tidak lama dulu,” katanya.

Seperti Anita, Maya berkata, dia juga tidak pernah ketinggalan menghadiri acara rumah terbuka NSTP saban tahun. Katanya, sesibuk manapun agenda seni, dia tetap pastikan dapat meluangkan masa sekejap pada acara ini.

“Acara seperti ini juga membolehkan artis yang jarang berjumpa bertanya khabar masing-masing. Ia juga rumah terbuka Aidilfitri ketiga saya hadiri hari ini,” katanya.

Rumah terbuka Aidilfitri NSTP diadakan setiap tahun sebagai meraikan pelanggan korporatnya. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Zainul Ariffin Mohammed Isa; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior kamarul Shahid dan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Mustapa Omar.

Majlis diserikan dengan kehadiran artis terkenal dan popular tanah air. Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa turut hadir walaupun perlu bergegas untuk memenuhi satu lagi majlis. Begitu juga pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira hadir bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin; biduanita negara, Datuk Sharifah Aini; pelakon dan produser Datin Seri Tiara Jacquelina; Rosyam Nor; Azean Irdawaty dan Aznil Nawawi.

Tidak ketinggalan, produser terkenal, David Teo; Datuk Yusof Haslam; Norman Abdul Halim; penerbit kontroversi ..... Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman; Zaiton Mohd Jiwa dan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo.

Tambah meriah dengan kehadiran artis muda, Linda Onn, Mawi, Ekin, Anuar Zain, Farid Kamil, Scha Al Yahya, Marsha Milan Londoh, Ummi Nazeera, Lufya, Lisa Surihani, Fazli Zainal, Iqram Dinzly, Fouziah Gous, Irma Hasmie, Faezah Elai, Awal Ashaari, Diddy AF, Mila, Aizat, Sheila Abdul, Nubhan, Dafi, Riz, Tania Hudson dan Nikki Palikat.

Sudah jemu baring di katil



Bagi pelakon dan pelawak, Ahmad Busu, 56, atau Mat Busu yang disahkan menghidap penyakit strok ketika umat Islam sibuk dengan persiapan Aidilfitri lalu, kini menunjukkan reaksi memberangsangkan hasil kunjungan ramai kenalan dan peminat yang setiap hari hadir bertanya khabar.

Melihat keadaannya itu rasa seperti tidak percaya pelakon sitkom komedi popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini menghidap penyakit strok apabila keupayaannya beramah mesra dan tidak lari daripada membuat jenaka, menunjukkan seolah-olah dia sihat dan tidak berpenyakit.

Justeru, apabila menerima kunjungan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang, petang Khamis lalu, menggamit kegembiraan Mat Busu. Sama sekali tidak menyangka, akui Mat Busu, pembabitan aktifnya dalam setiap aktiviti anjuran Karyawan, dihargai dan tidak pernah dilupakan menerusi erti kunjungan itu. Malah, dia semakin galak bercerita perkembangan kesihatannya dan sudah tidak sabar-sabar menjalani kehidupan seperti biasa.

Bagi pelakon dan pelawak, Ahmad Busu, 56, atau Mat Busu yang disahkan menghidap penyakit strok ketika umat Islam sibuk dengan persiapan Aidilfitri lalu, kini menunjukkan reaksi memberangsangkan hasil kunjungan ramai kenalan dan peminat yang setiap hari hadir bertanya khabar.

Melihat keadaannya itu rasa seperti tidak percaya pelakon sitkom komedi popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini menghidap penyakit strok apabila keupayaannya beramah mesra dan tidak lari daripada membuat jenaka, menunjukkan seolah-olah dia sihat dan tidak berpenyakit.

Justeru, apabila menerima kunjungan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang, petang Khamis lalu, menggamit kegembiraan Mat Busu. Sama sekali tidak menyangka, akui Mat Busu, pembabitan aktifnya dalam setiap aktiviti anjuran Karyawan, dihargai dan tidak pernah dilupakan menerusi erti kunjungan itu. Malah, dia semakin galak bercerita perkembangan kesihatannya dan sudah tidak sabar-sabar menjalani kehidupan seperti biasa.

"Saya sudah jemu asyik baring atas katil saja. Kalau boleh, sekarang juga saya ingin bangun, berjalan-jalan dan buat kerja. Rasa macam kekok sangat apabila asyik terbaring saja atas katil.


"Alhamdulillah, kesihatan semakin baik. Kalau dulu pakai kerusi roda kini pakai tongkat pula. Tetapi, kena ada orang pegang kerana pergerakan saya akan lebih menjurus ke kiri saja. Hendak kata sihat sangat tiadalah, pening-pening masih ada, tetapi tidaklah seperti dulu.

"Mungkin ini berkat doa daripada mereka yang tidak jemu melawat saya. Boleh dikatakan setiap hari ada saja kunjungan rakan dan peminat. Kadang-kadang, saya sendiri pun tidak sangka masih lagi ada peminat memandangkan sudah lama tidak aktif berlakon. Rasanya, apabila sakit ini lagi glamor pula," katanya.

Selepas keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Mat Busu dinasihatkan menjalani rawatan fisioterapi setiap Jumaat selama dua jam di situ. Bercerita mengenai kos rawatan susulan, beritahu Mat Busu, dia bersyukur dapat menggunakan kad bersara kerajaan kerana sebelum ini pernah bekerja di Lembaga Pelabuhan Klang sekitar 1990-an sebagai kerani di situ.

"Kalau bergantung pada rawatan di PPUM, rasanya tidak mencukupi. Di sebabkan itu, saya turut beli 'pemberat' yang dipasangkan di kaki untuk lakukan sendiri senaman di rumah. Ramai yang bertanya, bagaimana dengan soal kewangan dan apa yang akan saya buat selepas ini?

"Sejujurnya, saya tidak terfikir langsung mengenai itu kerana apa yang penting ketika ini adalah sembuh. Orang kata kalau difikir sangat soal duit, bertambah sakit jadinya," ujarnya.

Pada kunjungan itu, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez turut menyampaikan sumbangan bernilai RM1,000. Selain Freddie, rombongan itu turut disertai artis veteran, Datin Paduka Julie Sudiro dan Ketua Biro Skrip, Shamsul Anbiaq. Manakala, Datuk Sarimah Ahmad yang dijangka hadir, tidak dapat bersama kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan.

Beritahu Freddie, Karyawan sentiasa prihatin terhadap artis tempatan. Sama ada mereka berusia atau muda, itu bukan halangan untuk persatuan mengambil tahu. Asalkan mereka sakit, ia tetap diutamakan.

"Mat seorang yang sangat aktif dalam setiap aktiviti anjuran Karyawan. Justeru, sudah menjadi kewajipan kami mengingatinya semasa dia sakit. Kalau bukan kami, siapa lagi yang akan bantu?

"Ketika ini, kami belum ada keputusan untuk menyenaraikan Mat sebagai penerima pencen bulanan Karyawan. Kami hargai jasanya yang tidak jemu memberi sokongan pada persatuan, tetapi masalah utama dihadapi saat ini berkaitan dengan peruntukan ke arah itu.

"Dua bulan lalu, kami berbincang dengan wakil Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), untuk tubuhkan satu dana tetap membantu penggiat seni yang sudah tidak berkebolehan bekerja. Perbincangan ini diadakan atas kesedaran perlunya usaha berterusan dan konsisten membela nasib penggiat seni," kata Freddie yang mesyuarat selanjutnya akan diadakan dalam masa terdekat.

Julie, yang juga merangkap Setiausaha Agung Karyawan berkata, mengetahui keadaan sebenar Mat Busu, dia terkejut kerana sama sekali tidak menyangka pelakon dan pelawak itu akan menderita akibat penyakit itu.

"Dia seorang yang gemar bercakap dan membuat jenaka. Sebagai teman, saya doakan dia cepat sembuh," katanya.

Rabu, 7 Oktober 2009

Tawa dan tangis Ahmad Busu



MASIH ingatkah anda dengan kara-kter lucu berbadan besar, bersahaja namun sedikit kelam-kabut dalam siri sitkom popular yang pernah bersiaran di TV3, Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak lama dahulu?.

Ya, watak Mat Deris sudah cukup sinonim dengan diri Ahmad Busu sehingga kini.


Bezanya, kala itu badannya masih lagi berisi berbanding kini yang semakin jelas mengalami penyusutan.
Bayangkan daripada saiz pinggang seluar yang sering dipakainya 40 inci kini menjadi 36 inci sahaja.

Bukan kerana diet tetapi penyusutan berat badannya yang melebihi 10 kilogram itu adalah susulan daripada penyakit kencing manis yang dideritainya sejak 14 tahun lalu.

Bagai jatuh di timpa tangga, bermula dengan penyakit kencing manis, kini deritanya bertambah apabila disahkan oleh doktor mengidap strok.

Tambah terbeban, punca rezekinya turut terjejas apabila satu persatu tawaran seni yang diterima terpaksa dilepaskan kerana ketidakupayaan itu.

Tanggal 10 September lalu dia dimasukkan ke wad Neurosains, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah tidak boleh berdiri dan berjalan selepas bangun dari tidur pada hari yang sama.

Seminggu dia terlantar di PPUM, menerima pelbagai rawatan termasuk rawatan imbasan sinar-X dan ujian elektrokardiogram (ECG). Bagaimanapun, dia dibenarkan pulang pada 18 September lalu.

Bertemu pelawak itu kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang, baru-baru ini ternyata dia lebih banyak berbaring sementelah tidak mampu untuk duduk lama akibat pening.

Berkali-kali dia memohon maaf kerana terpaksa berbaring ketika sesi temu bual dijalankan.
Biarpun masih mampu tersenyum namun sayu di matanya tidak bisa menyembunyikan perasaan sebenarnya ketika itu.

Satu persatu khabar mengenai penyakitnya diutarakan. Namun, seboleh mungkin dia cuba bertenang membalas pertanyaan.



Matanya dipejam rapat

Barangkali menahan kesakitan, sedih, terharu atau mungkin memanjatkan sepenuh harapan agar dirinya segera sihat seperti sediakala?.

Beginilah kehidupannya sebagai pelawak. Dalam tawa menceriakan hati ribuan malah mungkin jutaan peminat dia sebenarnya sarat menanggung penderitaan.

"Kehidupan pelawak sama seperti manusia biasa. Saya juga adalah insan biasa seperti orang lain yang tidak terlepas daripada pelbagai masalah dan penyakit.

"Saya memang pelawak, sebab itulah sehingga ke tahap ini orang boleh lihat saya masih ketawa dan tersenyum. Bagaimanapun, dalam kehidupan harian saya tetap manusia biasa.

"Rasa sedih juga sebab saya sudah tidak boleh melakukan sendiri pelbagai perkara dan hanya bergantung kepada anak-anak dan juga isteri," kata Ahmad Busu sambil memejamkan matanya.

Menurut Ahmad Busu, dua bulan sebelum strok dia hanya mengalami pening kepala.
Namun di luar dugaannya apabila pening yang berterusan itu merupakan petanda awal dia bakal diserang strok.

Dalam pada itu, dia turut mengalami muntah beberapa kali pada malam sebelum di masukkan ke hospital.
Biarpun risau dengan penderitaan yang dialami suaminya, Seri Mohamad, 50, tetap bersyukur kerana suaminya itu masih mempunyai selera untuk makan.

Mengaku tidak berpantang makan, segala yang disarankan oleh PPUM diikutinya demi mengelakkan sebarang komplikasi lain di kemudian hari.

Menyingkap kerjaya seninya, Ahmad Busu tidak berselindung akan perasaan bimbang kerana terpaksa menolak pelbagai tawaran seni yang diterima sebelum ini.

Tanggal 3 oktober lalu, dia sepatutnya ke Pulau Pinang menjayakan rakaman rancangan Bersamamu dengan rakan lawaknya, Imuda.

Dia juga turut membatalkan persetujuan untuk berlakon bangsawan yang bakal dipentaskan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 9 Oktober ini.

Ketiadaan aktiviti seni membataskan keupayaannya dalam menampung perbelanjaan keluarga.

Sedangkan itulah punca pendapatan utama di samping membantu adiknya, Norgayah, 51, yang mengambil kontrak berniaga di kantin Sekolah Menengah Seri Andalas, Klang.

Pilu hatinya bertambah apabila memikirkan masa depan dua anaknya yang masih bersekolah iaitu Muhammad Luqman, 17 dan Nur Hanis, 6.Dua lagi anaknya ialah Nur Hamizah, 25 dan Mohd. Afiq, 24 tahun.

Bagaimanapun, kata Seri, mujur sejak bersara dari Lembaga Pelabuhan Klang pada 1992, suaminya itu memperoleh pencen RM800 sebulan yang setidak-tidaknya boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan rumah tangga.

 
Komedi jiwa saya

Biarpun memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978, namun jiwa komedi yang mengalir dalam dirinya tetap utuh.

Pernah mencuba untuk berlakon serius namun, lama kelamaan watak yang dipegangnya masih menjurus ke arah komedi.

"Saya tetap manusia biasa yang perlukan segala yang orang lain perlukan. Dah tugas saya sebagai pelawak, apa sahaja yang saya buat tetap menjadi bahan lawak dan ketawa.

"Walaupun saya pernah cuba untuk berlakon serius tetapi yang terjadi sebaliknya. Malah ramai yang lebih yakin jika saya hanya menjadi pelawak," katanya sambil ketawa kecil.

Selang beberapa minit, sambil menghela nafas panjang dia menyatakan harapan agar segera sembuh seperti sedia kala.

"Saya bernasib baik kerana masih mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan.
"Kepada peminat saya, doakanlah agar saya segera sembuh. Saya pun sebenarnya jemu berkeadaan begini.

Asyik berbaring dan tidak mampu melakukan sebarang aktiviti sendirian.

 "Kalau dulu saya bebas ke sana sini tetapi sekarang semua itu sudah terbatas," katanya yang kini berkerusi roda untuk memudahkan pergerakan berulang alik ke hospital dan klinik berhampiran.

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya