SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.... Blog ini dibuat hanya sekadar satu aktiviti penulis bagi mengisi masa lapang yang terluang dengan gambar-gambar menarik,isu-isu politik,dunia hiburan dan sebagainya yang difikirkan perlu dikongsi bersama-sama rakan blogger yang lain...di harap sesiapa sahaja pengunjung blog ini dapat memberi respon dan juga komen-komen yang membina untuk dikongsi bersama...
Cari Blog Ini
Selasa, 3 November 2009
Bagasi isi syabu
NILAI: Paparan imej meragukan di bawah bagasi pakaian dibawa warga Jepun ketika melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang membawa kepada penemuan 4.7 kilogram (kg) syabu dianggarkan bernilai RM1.175 juta.
Dalam pemeriksaan jam 9.55 malam Jumaat lalu, pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menemui dadah berkenaan dalam dua bungkusan plastik cerah disembunyikan dalam ruang khas di bawah bagasi dibawa wanita berusia 30-an terbabit.
Kejayaan itu diperoleh apabila Unit Khas Pemeriksaan Penumpang KLIA membuat pemeriksaan ke atas setiap penumpang yang menggunakan penerbangan dari negara berisiko mulai 29 Oktober hingga kelmarin.
Pengarah Kastam KLIA, Azizah Ibrahim, berkata ketika ditahan, wanita yang baru tiba dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu, membawa tiga bagasi pakaian dan imbasan mendapati satu bagasi itu memberi imej meragukan di bahagian bawah.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan fizikal, pegawai menemui dua bungkusan plastik cerah di dalamnya mengandungi bahan kristal putih disyaki syabu tersorok di ruang khas di bawah bagasi.
“Kes itu diserahkan kepada cawangan narkotik dan siasatan awal mengesahkan dadah dijumpai itu syabu, dengan anggaran berat kasar 4.7 kg dan nilai pasaran RM1.175 juta.
“Wanita warga Jepun itu ditahan reman enam hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.
“Kejayaan ini memberi gambaran pihak sindiket sentiasa bertukar taktik membabitkan pelbagai bangsa,” katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Cawangan Narkotik Ibu Pejabat, Kampung Jijan, dekat sini, semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik Ibu Pejabat, Mohd Subri Awang.
Sementara itu, Azizah berkata, berdasarkan statistik sehingga awal bulan ini, terdapat 50 kes membabitkan dadah cuba dibawa masuk ke negara ini dengan bilangan orang yang kena tuduh seramai 36 orang, 33 membabitkan warga asing manakala selebihnya rakyat tempatan.
Padah liat bayar hutang
menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi musim depan. JIKA muncul juara Piala Malaysia musim ini, itu mungkin gelaran terakhir buat Kelantan apabila skuad Wira Merah itu tersenarai sebagai salah satu daripada enam pasukan yang tidak akan dibenarkan beraksi pada saingan Liga M musim depan.
Kelantan, Perak dan Pulau Pinang adalah tiga pasukan daripada Liga Super yang dilarang beraksi pada musim 2010 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) manakala tiga lagi pasukan ialah Pahang, Shahzan Muda dan Melaka dari Liga Perdana.
Dua lagi pasukan bertaraf kelab yang sebelum ini dikatakan bakal mengundur diri, UPB/MyTeam dari Liga Super dan Proton FC dari Liga perdana kini sudah sah tidak akan menyertai saingan Liga-M musim depan.
Perkara itu didedahkan Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh ketika dihubungi petang semalam dan beliau berkata larangan terhadap enam pasukan itu dibuat selepas semua mereka gagal menyelesaikan hutang tertunggak.
Khabar terbaru itu pastinya mengejutkan ramai kerana umum tahu bahawa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) adalah antara badan induk yang paling mewah musim ini kerana mampu mengutip jualan tiket yang tinggi selain pernah membawa pemain mereka ‘makan angin’ di luar negara selepas berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA.
Che Mat bagaimanapun menjelaskan bahawa sebarang keputusan muktamad akan ditentukan pada mesyuarat majlis FAM yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Sehingga tamat tarikh akhir iaitu 31 Oktober, semua enam pasukan terbabit masih lagi gagal menjelaskan hal-hal yang tertunggak. Kita sudah mengarahkan semua pasukan yang mahu menyertai Liga M musim depan supaya menjelaskan hutang masing-masing.
“Tarikh asal untuk mereka berbuat demikian ialah pertengahan Oktober tetapi dilanjutkan kepada 31 Oktober bagi memberi peluang kepada semua pasukan untuk menyelesaikan semua masalah yang mereka hadapi.
“Datuk Azzuddin (Setiausaha Agung FAM) sudah mengeluarkan surat peringatan kepada semua persatuan bola sepak negeri atau kelab tetapi hingga hari ini, enam pasukan berkenaan masih lagi gagal jelaskan hutang tertunggak,” kata Che Mat.
Bunuh anak kerana tindik lidah
DURBAN (Afrika Selatan): Polis menahan seorang lelaki kerana didakwa memukul anak perempuannya hingga mati akibat marah terhadap tindakan remaja itu menindik lidahnya.
Lelaki itu menyerah diri kepada polis selepas memukul anak perempuannya yang berusia 17 tahun dengan menggunakan kabel elektrik.
Lelaki sebelum itu dipercayai bertengkar dengan anaknya berkaitan isu itu dan memberi amaran supaya mangsa tidak memakai subang di lidahnya itu.
Lelaki berusia 38 tahun yang menetap di Durban akan dihadapkan di mahkamah atas tuduhan membunuh.
Jurucakap polis, Konstabel Mumsy Mfeka berkata, remaja itu menghubungi bapanya untuk menjemput beliau di sekolah Sabtu lalu.
“Sebaik tiba di sekolah, guru mengadu sikap buruk remaja itu kepada bapanya.
“Dalam perjalan pulang, lelaki itu menyedari anaknya tetap memakai subang di lidahnya meskipun sudah dilarang.
“Lelaki itu memarahi anaknya kerana engkar terhadap larangannya dan kemudian memukulnya dengan kabel elektrik.
“Apabila menyedari anaknya tidak lagi bergerak, lelaki itu membawanya ke klinik berhampiran tapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya. - Agensi
Langgan:
Catatan (Atom)
FOLLOW ME
JOIN LAH
LINK PENDIDIKAN
LAIN-LAIN LINK
- Kerja sambilan di rumah
- Download sofware android market
- DOWLOAD CERITA
- KEDAI ONLINE UBATAN TERENGGANU
- PORTAL RASMI MAJLIS DAERAH CAMERON
- JAWATAN KOSONG LINK TNB
- KEDAI Bot
- INFO PEMBELIAN RUMAH
- MAP
- BIZ TOPUP
- RUMAH ANAK YATIM NURULIMAN
- PERBADANAN NASIONAL BERHAD
- PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
- SMIDEC
- MARA TERENGGANU
- PENDAFTAR PERTUBUHAN
- JAWATAN KOSONG CARREER
- JAWATAN KOSONG VACANCIES
- PERTAHANAN
- TENTERA
- BOMBA
- KESIHATAN
- POLIS
- JAWATAN KOSONG.COM
- SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
- ISTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA
- PERBADANAN NASIONAL BERHAD
- DOWLOAD CERITA
LINK Blog Saya
-
-
-
-
-
20 Tips Ampuh Mengatasi Jerawat yang Membandel10 tahun yang lalu
-
2.6 Billion Dana Untuk Menggerakkan Jentera Parti11 tahun yang lalu
-
-
Hidup Dalam Dunia Sendiri11 tahun yang lalu
-
Marquez sambar petak pertama11 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Al-Fatihah14 tahun yang lalu
-
Utusan Malaysia Online - Politik14 tahun yang lalu
-
-
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI15 tahun yang lalu
-
PERJUANGAN15 tahun yang lalu
-
dah lama x masuk blog aku ni....15 tahun yang lalu
-
-
Tanda di dahi Saiful pun nak diiisukan? Astaghfirullah..16 tahun yang lalu
-
-
PERHATIAN!!16 tahun yang lalu
-
-
-
REKREASI17 tahun yang lalu
-
-
Blog closed17 tahun yang lalu
-
-
-
chinness antique17 tahun yang lalu
-
Bantuan Gaza di sekat di Ramallah ?17 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


