Cari Blog Ini

Selasa, 20 Oktober 2009

Sudah jemu baring di katil



Bagi pelakon dan pelawak, Ahmad Busu, 56, atau Mat Busu yang disahkan menghidap penyakit strok ketika umat Islam sibuk dengan persiapan Aidilfitri lalu, kini menunjukkan reaksi memberangsangkan hasil kunjungan ramai kenalan dan peminat yang setiap hari hadir bertanya khabar.

Melihat keadaannya itu rasa seperti tidak percaya pelakon sitkom komedi popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini menghidap penyakit strok apabila keupayaannya beramah mesra dan tidak lari daripada membuat jenaka, menunjukkan seolah-olah dia sihat dan tidak berpenyakit.

Justeru, apabila menerima kunjungan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang, petang Khamis lalu, menggamit kegembiraan Mat Busu. Sama sekali tidak menyangka, akui Mat Busu, pembabitan aktifnya dalam setiap aktiviti anjuran Karyawan, dihargai dan tidak pernah dilupakan menerusi erti kunjungan itu. Malah, dia semakin galak bercerita perkembangan kesihatannya dan sudah tidak sabar-sabar menjalani kehidupan seperti biasa.

Bagi pelakon dan pelawak, Ahmad Busu, 56, atau Mat Busu yang disahkan menghidap penyakit strok ketika umat Islam sibuk dengan persiapan Aidilfitri lalu, kini menunjukkan reaksi memberangsangkan hasil kunjungan ramai kenalan dan peminat yang setiap hari hadir bertanya khabar.

Melihat keadaannya itu rasa seperti tidak percaya pelakon sitkom komedi popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini menghidap penyakit strok apabila keupayaannya beramah mesra dan tidak lari daripada membuat jenaka, menunjukkan seolah-olah dia sihat dan tidak berpenyakit.

Justeru, apabila menerima kunjungan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang, petang Khamis lalu, menggamit kegembiraan Mat Busu. Sama sekali tidak menyangka, akui Mat Busu, pembabitan aktifnya dalam setiap aktiviti anjuran Karyawan, dihargai dan tidak pernah dilupakan menerusi erti kunjungan itu. Malah, dia semakin galak bercerita perkembangan kesihatannya dan sudah tidak sabar-sabar menjalani kehidupan seperti biasa.

"Saya sudah jemu asyik baring atas katil saja. Kalau boleh, sekarang juga saya ingin bangun, berjalan-jalan dan buat kerja. Rasa macam kekok sangat apabila asyik terbaring saja atas katil.


"Alhamdulillah, kesihatan semakin baik. Kalau dulu pakai kerusi roda kini pakai tongkat pula. Tetapi, kena ada orang pegang kerana pergerakan saya akan lebih menjurus ke kiri saja. Hendak kata sihat sangat tiadalah, pening-pening masih ada, tetapi tidaklah seperti dulu.

"Mungkin ini berkat doa daripada mereka yang tidak jemu melawat saya. Boleh dikatakan setiap hari ada saja kunjungan rakan dan peminat. Kadang-kadang, saya sendiri pun tidak sangka masih lagi ada peminat memandangkan sudah lama tidak aktif berlakon. Rasanya, apabila sakit ini lagi glamor pula," katanya.

Selepas keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Mat Busu dinasihatkan menjalani rawatan fisioterapi setiap Jumaat selama dua jam di situ. Bercerita mengenai kos rawatan susulan, beritahu Mat Busu, dia bersyukur dapat menggunakan kad bersara kerajaan kerana sebelum ini pernah bekerja di Lembaga Pelabuhan Klang sekitar 1990-an sebagai kerani di situ.

"Kalau bergantung pada rawatan di PPUM, rasanya tidak mencukupi. Di sebabkan itu, saya turut beli 'pemberat' yang dipasangkan di kaki untuk lakukan sendiri senaman di rumah. Ramai yang bertanya, bagaimana dengan soal kewangan dan apa yang akan saya buat selepas ini?

"Sejujurnya, saya tidak terfikir langsung mengenai itu kerana apa yang penting ketika ini adalah sembuh. Orang kata kalau difikir sangat soal duit, bertambah sakit jadinya," ujarnya.

Pada kunjungan itu, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez turut menyampaikan sumbangan bernilai RM1,000. Selain Freddie, rombongan itu turut disertai artis veteran, Datin Paduka Julie Sudiro dan Ketua Biro Skrip, Shamsul Anbiaq. Manakala, Datuk Sarimah Ahmad yang dijangka hadir, tidak dapat bersama kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan.

Beritahu Freddie, Karyawan sentiasa prihatin terhadap artis tempatan. Sama ada mereka berusia atau muda, itu bukan halangan untuk persatuan mengambil tahu. Asalkan mereka sakit, ia tetap diutamakan.

"Mat seorang yang sangat aktif dalam setiap aktiviti anjuran Karyawan. Justeru, sudah menjadi kewajipan kami mengingatinya semasa dia sakit. Kalau bukan kami, siapa lagi yang akan bantu?

"Ketika ini, kami belum ada keputusan untuk menyenaraikan Mat sebagai penerima pencen bulanan Karyawan. Kami hargai jasanya yang tidak jemu memberi sokongan pada persatuan, tetapi masalah utama dihadapi saat ini berkaitan dengan peruntukan ke arah itu.

"Dua bulan lalu, kami berbincang dengan wakil Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), untuk tubuhkan satu dana tetap membantu penggiat seni yang sudah tidak berkebolehan bekerja. Perbincangan ini diadakan atas kesedaran perlunya usaha berterusan dan konsisten membela nasib penggiat seni," kata Freddie yang mesyuarat selanjutnya akan diadakan dalam masa terdekat.

Julie, yang juga merangkap Setiausaha Agung Karyawan berkata, mengetahui keadaan sebenar Mat Busu, dia terkejut kerana sama sekali tidak menyangka pelakon dan pelawak itu akan menderita akibat penyakit itu.

"Dia seorang yang gemar bercakap dan membuat jenaka. Sebagai teman, saya doakan dia cepat sembuh," katanya.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Rakaman dahsyatnya peperangan








PENGGUGURAN bom atom di Hiroshima dan Nagasaki adalah sejarah yang diingati dunia kerana kesan daripada ledakan bahan letupan itu amat dahsyat sehingga banyak nyawa terkorban.








PENGGUGURAN bom atom di Hiroshima dan Nagasaki adalah sejarah yang diingati dunia kerana kesan daripada ledakan bahan letupan itu amat dahsyat sehingga banyak nyawa terkorban.

Kini, warga Malaysia dapat melihat sendiri rakaman tragedi menyayat hati jika berkunjung ke Pameran Malapetaka Bom Atom: Tragedi Hiroshima dan Nagasaki 1945, di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya (UM) sehingga 31 Oktober ini.


Pameran itu dibawakan ke Malaysia dengan kerjasama Dewan Peringatan Keamanan Nasional Nagasaki.

Paling menginsafkan adalah pakaian seragam sekolah kepunyaan pelajar Sekolah Menengah Rendah Bandar Hiroshima, Miyagawa Humio yang dijumpai mati akibat terkena sinaran bom atom berdekatan bangunan yang ranap.

Ada 40 barangan lain dari tempat ledakan termasuk jam yang ditemui di Bandar Goto, Nagasaki apabila jarumnya terhenti pada kedudukan 11.02 pagi ketika ledakan bom berlaku.

Selain penerangan mengenai kekuatan bom, pengunjung dapat melihat botol dan atap yang berubah bentuk selepas terdedah kepada sinaran radiasi.

Turut dipaparkan adalah rakaman lensa kamera terawal menunjukkan kemusnahan luar biasa dengan bangunan yang terus lenyap dan mayat bergelimpangan.

Pada penghujung pameran, pengunjung diajak membuat burung jenjang origami bagi memperingati Sadako Sasaki, kanak-kanak yang mati pada usia 12 tahun kerana menghidapi leukemia kesan pengeboman itu.

Kanak-kanak malang itu dikatakan menghasilkan 1,000 burung jenjang origami berdasarkan kepercayaan masyarakat negara matahari terbit itu bahawa ia memberikan semangat sekali gus mengurang kesakitan serta kesedihannya.

Namun, seperti kebanyakan mangsa yang terdedah kepada sinaran itu, Sadako turut menjadi korban.

>Info

>Muzium Seni Asia, UM, Kuala Lumpur (03-79571061/ 03-79673805) dibuka setiap hari. Waktu operasi antara 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Masuk percuma.

Pemilik kedai makan mati dibunuh

KUANTAN: Seorang pemilik kedai makan ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Sungai Isap, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof, berkata Fatimah Zaharah

Sulong, 53, dipercayai mati akibat ditekup dengan bantal ketika sedang

tidur di atas katil di bilik rumahnya itu.

"Kejadian dipercayai berlaku antara jam 2 pagi hingga 4 pagi," katanya

kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, mangsa ditemui mati oleh suaminya yang baru pulang daripada berniaga di kedai makan milik mereka di Kemunting di sini.

Berdasarkan siasatan awal, katanya rumah mangsa dipecah masuk dan beg tangan mangsa didapati telah hilang, katanya.

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan

untuk bedah siasat.

Sementara itu, suami mangsa, Sallehuddin Mohd Yatim, 59, berkata, ketika

kejadian isterinya tinggal bersendirian di rumah itu kerana mereka

bergilir-gilir menguruskan kedai makan mereka.

"Saya menjaga di waktu malam, manakala isteri saya pula jaga waktu siang.

Awal pagi tadi saya cuba menghubungi dia (isteri) tapi tak jawab dan saya cuba banyak kali sebelum ambil keputusan balik ke rumah," katanya.

Katanya, apabila sampai di rumah dia mendapati isterinya dalam keadaan

tertiarap di atas katil dan sudah tidak bernyawa.-Bernama

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya