Cari Blog Ini

Sabtu, 12 September 2009

Jalur Gemilang Dihina


Sambutan ulangtahun hari kemerdekaan Malaysia ke-52 berlangsung sederhana semalam di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur.

Sewaktu mengendalikan rancangan Malaysia Hari Ini semalam dua kali saya membangkitkan perihal blogger negara jiran secara berterusan ‘menyerang’ Malaysia dari pelbagai aspek.

Saya percaya media tempatan enggan memperbesar-besarkan isu ini demi menjaga hubungan bilateral kedua negara. Jika maklumat ditapis, ada pihak melenting kerana menurut mereka maklumat dunia maya seharusnya kekal bebas tanpa suntingan.


Terbaharu di blog ‘malaycelaka’, klik di sini, gambar Jalur Gemilang diletakkan di atas tahi, satu penghinaan teramat.

Sebelum ini, blogger tempatan menterbalikkan Jalur Gemilang, simbol bangkangan, disiasat pihak berkuasa.

Jam 3.50 petang tadi, saya menghubungi pegawai Majlis Keselamatan Negara memaklumkan beliau berhubung blog terbabit. Kita lihat pihak mana berani mengambil tindakan tegas terhadap blogger Indonesia ini.

Jika tiada tindakan dilaksanakan, ertinya kita reda Jalur Gemilang dihina.
* Gambar dimuat turun dari blog http://malaycelaka.blogspot.com

'Rasul' Blogger


Beberapa tahun lalu, saya pernah menyertai operasi Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, menahan lelaki mendakwa ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, 59 tahun di rumahnya di Kg. Kemensah, Hulu Klang, Selangor.

Dia kedengaran bijak dan kelihatan yakin setiap kali berhujah. Tidak hairan jika dia mempunyai pengikut setia.

“Muhammad itu rasul orang arab, saya rasul orang Melayu”

Antara kenyataan diungkapkannya ketika ditemubual pegawai JAIS.

Abdul Kahar pertama kali didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2005 atas 5 tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Antara pertuduhan terbabit, Abdul Kahar mengisytiharkan dirinya rasul orang Melayu zaman ini, mempersendakan ajaran Islam dan mendakwa ibadat haji, perkara sengaja di cipta kerajaan Arab Saudi untuk mengaut keuntungan.

Terbaharu, saya menerima emel memaklumkan Abdul Kahar kini mempunyai blog sendiri, klik di sini.

JAIS menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pihak berjaya menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya Abdul Kahar.

Maklumat boleh dihantar ke talian 1-800-88-2424 atau 03-5519 0398.

Bakar Bendera


Mari kita lihat sebahagian daripada senario hubungan terkini di antara Malaysia dan Indonesia.

Tarian Pendet ditayangkan Discovery Channel menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia. Negara kita dituduh mencuri ‘budaya’ mereka. Sedangkan menurut pengacara program televisyen bual bicara dan penganalisis politik Indonesia, Wimar Witoelar, warga Perancis dan India tidak pernah mengganggu atau menuduh Indonesia mencuri budaya mereka apabila produksi ballet Giselle dan Ramayana dipersembahkan di negara itu.



Apapun, berhubung kesilapan tayangan tarian Pendet, Malaysia pantas memohon maaf sekaligus memberhentikan tayangan klip promo itu. Setakat ini tindakan terbabit dilihat masih tidak diterima baik.

Buktinya, 31 Ogos lalu, sebilangan laman web Malaysia diserang hackers Indonesia. Lebih kurang ajar, pelajar mereka membaling Kedutaan Malaysia di Jakarta dengan telur busuk. Tidak cukup dengan tindakan itu, semalam 10 aktivis Indonesia menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat, membakar bendera Malaysia di Jakarta Pusat, pada masa sama mengecam presiden Indonesia pengecut dan lembik.

“Untuk itu cukup rakyat saja memulai perang semua ini,” ujar wakil aktivis, Fernando.

Bendera Malaysia dilapor turut dibakar kumpulan berbeza di beberapa lokasi lain di Indonesia. Namun, Malaysia tetap berdiam diri.

Pelajar Indonesia di Yogyakarta mendesak mahasiswa perubatan Malaysia diusir. Sehubungan itu, Menteri Pendidikan Nasional Indonesia diminta mengeluarkan arahan tidak menerima mahasiswa Malaysia di negara mereka. Mereka bimbang mahasiswa Malaysia akan ‘mencuri’ budaya mereka. Malaysia setakat ini masih terus berdiam diri.

Persembahan ratu goyang gerudi, Inul Daratista di Stadium Bukit Jalil Julai lalu dibatalkan pihak berkuasa Malaysia. Konsert Inul itu dikatakan bertujuan menghiburkan pekerja warga Indonesia di negara ini sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan Indonesia ke-64. Pembatalan itu juga membuatkan sebilangan rakyat Indonesia marah.

Walaweh!

Tidak pula mereka bimbang andai ‘goyang gerudi’ Inul ‘dicuri’ rakyat negara ini.

Apapun, hakikatnya parti politik di negara kita, kini kelihatann lebih sibuk ‘berperang’ sesama sendiri. Sedang, Indonesia ‘menyerang’ maruah negara kita kongsi bersama bertubi-tubi.

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya