Cari Blog Ini

Sabtu, 12 September 2009

Bakar Bendera


Mari kita lihat sebahagian daripada senario hubungan terkini di antara Malaysia dan Indonesia.

Tarian Pendet ditayangkan Discovery Channel menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia. Negara kita dituduh mencuri ‘budaya’ mereka. Sedangkan menurut pengacara program televisyen bual bicara dan penganalisis politik Indonesia, Wimar Witoelar, warga Perancis dan India tidak pernah mengganggu atau menuduh Indonesia mencuri budaya mereka apabila produksi ballet Giselle dan Ramayana dipersembahkan di negara itu.



Apapun, berhubung kesilapan tayangan tarian Pendet, Malaysia pantas memohon maaf sekaligus memberhentikan tayangan klip promo itu. Setakat ini tindakan terbabit dilihat masih tidak diterima baik.

Buktinya, 31 Ogos lalu, sebilangan laman web Malaysia diserang hackers Indonesia. Lebih kurang ajar, pelajar mereka membaling Kedutaan Malaysia di Jakarta dengan telur busuk. Tidak cukup dengan tindakan itu, semalam 10 aktivis Indonesia menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat, membakar bendera Malaysia di Jakarta Pusat, pada masa sama mengecam presiden Indonesia pengecut dan lembik.

“Untuk itu cukup rakyat saja memulai perang semua ini,” ujar wakil aktivis, Fernando.

Bendera Malaysia dilapor turut dibakar kumpulan berbeza di beberapa lokasi lain di Indonesia. Namun, Malaysia tetap berdiam diri.

Pelajar Indonesia di Yogyakarta mendesak mahasiswa perubatan Malaysia diusir. Sehubungan itu, Menteri Pendidikan Nasional Indonesia diminta mengeluarkan arahan tidak menerima mahasiswa Malaysia di negara mereka. Mereka bimbang mahasiswa Malaysia akan ‘mencuri’ budaya mereka. Malaysia setakat ini masih terus berdiam diri.

Persembahan ratu goyang gerudi, Inul Daratista di Stadium Bukit Jalil Julai lalu dibatalkan pihak berkuasa Malaysia. Konsert Inul itu dikatakan bertujuan menghiburkan pekerja warga Indonesia di negara ini sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan Indonesia ke-64. Pembatalan itu juga membuatkan sebilangan rakyat Indonesia marah.

Walaweh!

Tidak pula mereka bimbang andai ‘goyang gerudi’ Inul ‘dicuri’ rakyat negara ini.

Apapun, hakikatnya parti politik di negara kita, kini kelihatann lebih sibuk ‘berperang’ sesama sendiri. Sedang, Indonesia ‘menyerang’ maruah negara kita kongsi bersama bertubi-tubi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya