SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.... Blog ini dibuat hanya sekadar satu aktiviti penulis bagi mengisi masa lapang yang terluang dengan gambar-gambar menarik,isu-isu politik,dunia hiburan dan sebagainya yang difikirkan perlu dikongsi bersama-sama rakan blogger yang lain...di harap sesiapa sahaja pengunjung blog ini dapat memberi respon dan juga komen-komen yang membina untuk dikongsi bersama...
Cari Blog Ini
Rabu, 22 Disember 2010
Rabu, 15 Disember 2010
Budak tak bermaya di sisi mayat ibu
ZAMANI bertanya sesuatu seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui bersama mayat ibunya yang dipercayai dibunuh di Jalan Hua Kee, Sibu, semalam.
Mangsa dipercayai dibunuh tiga hari lalu
KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui dalam keadaan letih, kelaparan dan tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang dipercayai dibunuh tiga hari lalu di rumah sewa mereka di Jalan Hua Kee di sini, petang semalam.
Kanak-kanak itu dikatakan tidak makan dan minum dalam tempoh berkenaan selepas ibunya yang berusia 34 tahun mati.KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui dalam keadaan letih, kelaparan dan tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang dipercayai dibunuh tiga hari lalu di rumah sewa mereka di Jalan Hua Kee di sini, petang semalam.
Untuk laporan penuh dapatkan naskhah Berita Harian hari ini.
Kempen undian ABPBH 2010 bermula
ANTAR artis yang hadir bergambar depan kereta Nissan Teana yang menanti pemenang Bintang Paling Popular ABPBH.
ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 kembali lagi, iaitu edisi ke-24 penganjurannya sejak ia mula diadakan pada 1987. Bertemakan Moden & Klasik, untuk peringkat awal pencalonan dalam ABPBH 2010, ia menyaksikan kira-kira 600 calon daripada kalangan artis dan selebriti tanah air berentap menerusi 16 kategori.
Borang pencalonan pusingan awal ABPBH 2010 dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian/Berita Minggu sejak 26 November lalu bagi membolehkan peminat dan pembaca memilih calon `Top 5' ke peringkat akhir bagi setiap 16 kategori dipertandingkan. Majlis gilang gemilang itu akan berlangsung dari Arena of Stars, Genting Highlands pada 3 April depan.
ABPBH 2010 menyenaraikan pencalonan peringkat saingan awal membabitkan kategori Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular, Penyanyi Nasyid Popular, Penyampai Radio Lelaki Popular, Penyampai Radio Wanita Popular, Pengacara TV Lelaki Popular, Pengacara TV Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, Artis Baru Wanita Popular, Artis Baru Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Komedi Wanita Popular.Bagaimanapun, Jabatan Pengarang dan Jawatankuasa Induk ABPBH 2010 meletakkan syarat tertentu bagi artis dan selebriti yang ingin menarik diri daripada pencalonan ABPBH. Tahun lalu, penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan menarik diri selepas meraih kemenangan Bintang Paling Popular ABPBH 2009. Borang pencalonan pusingan awal ABPBH 2010 dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian/Berita Minggu sejak 26 November lalu bagi membolehkan peminat dan pembaca memilih calon `Top 5' ke peringkat akhir bagi setiap 16 kategori dipertandingkan. Majlis gilang gemilang itu akan berlangsung dari Arena of Stars, Genting Highlands pada 3 April depan.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2010, Zainuri Misfar, berkata mereka yang dicalonkan seboleh-bolehnya tidak digalakkan untuk menarik diri daripada pencalonan ABPBH. Bagaimanapun, bagi tidak membolehkan isu itu berbangkit memandangkan Siti Nurhaliza mengumumkan menarik diri, ABPBH meletakkan syarat penarikan diri boleh dibuat secara bertulis.
"Keputusan menarik diri hanya dibenarkan kepada mereka yang sudah memenangi gelaran Bintang Paling Popular sebanyak tiga kali atau lebih. Mana-mana calon yang sudah dibenarkan menarik diri tidak boleh dicalonkan atau mencalonkan semula namanya di ABPBH untuk edisi seterusnya biarpun memiliki album, lagu single atau filem terbaru.
"Bagaimanapun, keputusan sama ada membenarkan penarikan diri daripada pencalonan tertakluk kepada keputusan Jabatan Pengarang dan Jawatankuasa Induk ABPBH 2010. Selain itu, pencalonan bagi semua kategori dipantau penganjur membabitkan artis yang aktif dalam kerjaya sepanjang tahun ini bermula Januari hingga Disember 2010. Ia membabitkan perfileman, muzik dan penyiaran radio dan televisyen," katanya pada majlis pelancaran dan pengumuman pencalonan awal ABPBH 2010 di Holiday Villa Subang, Selangor, Rabu lalu.
Selain itu, ABPBH 2010 turut melancarkan laman web ABPBH 2010 iaitu www.abpbh.com.my. Acara disempurnakan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) selaku Penaung ABPBH 2010, Datuk Mior Kamarul Shahid bersama Siti Nurhaliza.
Hadir sama, Penasihat ABPBH 2010 merangkap Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mahfar Ali dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2010/Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan Berita Harian, Hanizam Abdullah.
Laman web ABPBH akan menyalurkan maklumat berkaitan dengan anugerah, selain peminat dan pembaca boleh berinteraksi dalam laman sosial facebook.com/abpbh atau twitter.com/abpbh.
Mior berkata, ABPBH menjadi medan untuk artis dan selebriti tanah air menilai sejauh manakah tahap penerimaan diri dan hasil kerja mereka, seterusnya membawa kepada peningkatan sumber pendapatan dan taraf sebagai bintang seni.
Ini disebabkan apabila populariti diraih maka nilai kerja seperti imbuhan dan bayaran serta nama mereka diraikan peminat.
"Saya bersyukur kerana Berita Harian dapat meneruskan lagi penganjuran ABPBH yang memasuki edisi ke-24 sejak mula dianjurkan pertama kali pada 1987. Kami memulakan kerja merancang dan menggerakkan tugas penganjuran ABPBH 2010 sejak Ogos lalu.
Diakui, ABPBH memang dinantikan ramai kerana ia menjadi kayu pengukur mutlak sejauh mana kehadiran dan populariti seseorang artis dalam industri hiburan. Ingatlah, sebagai insan seni anda adalah insan bertuah kerana dikurniakan bakat dan keistimewaan. Hargai dan pupuk bakat yang ada bersama semangat, ilmu dan kesungguhan supaya kehadiran anda dipandang, dihargai, dimuliakan dan dihormati," katanya.
Untuk edisi kali ini, pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2010 bakal membawa pulang kereta Nissan Teana 2.0 bernilai RM133,400 manakala pembaca bertuah menerima Grand Livina berharga RM88,600 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.
ABPBH 2010 juga mendapat tajaan Genting Resort World, Perusahaan Orang Kampung menerusi produk terbarunya, Chantek, selain Hotel & Suite Holiday Villa Subang, Euro Moda daripada Gulati's, Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia serta penyiar dan radio rasmi, TV3 dan HotFM.
Pada majlis itu, tetamu turut dihiburkan persembahan Aizat yang menyampaikan lagu Masih Aku Terasa dendangan asal Gersang dan Sungai Lui. Azlan & The Typewriter menarik perhatian ramai ketika menyampaikan lagu Jeritan Batinku. Selain itu, naib juara Bintang Idola Berita Harian Zon Tengah, Farah Nabilla Noor Anuar turut diundang dengan menyampaikan lagu Big Spender.
Antara artis lain yang hadir ialah Diana Danielle, Black, Shahir, Adira, Ady Putra, Rina, Faizal Ismail, Rafidah Ibrahim, Daus, Mizz Nina, Bunkface, Rabbani, Jinbara dan ramai lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)
FOLLOW ME
JOIN LAH
LINK PENDIDIKAN
LAIN-LAIN LINK
- Kerja sambilan di rumah
- Download sofware android market
- DOWLOAD CERITA
- KEDAI ONLINE UBATAN TERENGGANU
- PORTAL RASMI MAJLIS DAERAH CAMERON
- JAWATAN KOSONG LINK TNB
- KEDAI Bot
- INFO PEMBELIAN RUMAH
- MAP
- BIZ TOPUP
- RUMAH ANAK YATIM NURULIMAN
- PERBADANAN NASIONAL BERHAD
- PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
- SMIDEC
- MARA TERENGGANU
- PENDAFTAR PERTUBUHAN
- JAWATAN KOSONG CARREER
- JAWATAN KOSONG VACANCIES
- PERTAHANAN
- TENTERA
- BOMBA
- KESIHATAN
- POLIS
- JAWATAN KOSONG.COM
- SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
- ISTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA
- PERBADANAN NASIONAL BERHAD
- DOWLOAD CERITA
LINK Blog Saya
-
-
-
-
-
20 Tips Ampuh Mengatasi Jerawat yang Membandel10 tahun yang lalu
-
2.6 Billion Dana Untuk Menggerakkan Jentera Parti11 tahun yang lalu
-
-
Hidup Dalam Dunia Sendiri11 tahun yang lalu
-
Marquez sambar petak pertama11 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Al-Fatihah14 tahun yang lalu
-
Utusan Malaysia Online - Politik14 tahun yang lalu
-
-
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI15 tahun yang lalu
-
PERJUANGAN15 tahun yang lalu
-
dah lama x masuk blog aku ni....15 tahun yang lalu
-
-
Tanda di dahi Saiful pun nak diiisukan? Astaghfirullah..16 tahun yang lalu
-
-
PERHATIAN!!16 tahun yang lalu
-
-
-
REKREASI16 tahun yang lalu
-
-
Blog closed17 tahun yang lalu
-
-
-
chinness antique17 tahun yang lalu
-
Bantuan Gaza di sekat di Ramallah ?17 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



