Cari Blog Ini

Rabu, 30 September 2009

2 Remaja menyamar polis silap langkah


RAMPAS...telefon bimbit dan senjata yang dirampas
daripada remaja terbabit.

PETALING JAYA: Dua remaja yang masih berusia belasan tahun menyamar sebagai anggota polis dan berpura-pura melakukan pemeriksaan cegah jenayah sebelum menyamun mangsa.

Kedua-dua remaja terbabit yang berusia 16 dan 17 tahun bijak berlakon sebagai anggota polis sebelum menggertak mangsa menyerahkan wang dan semua barang berharga dimiliki.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek dikesan mendapat idea menjadi ‘polis segera’ itu awal pagi semalam sebelum menjalankan operasi pertama di sebuah padang futsal di Kelana Jaya, di sini.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kedua-dua suspek yang hanya berpakaian biasa menyamun sekumpulan remaja lelaki berusia belasan tahun berhampiran pusat sukan futsal di Kelana Jaya, di sini.

Selasa, 29 September 2009

Polis Israel tembak jemaah Aqsa


 POLIS Israel mengganas dengan menembak berpuluh-puluh penduduk Palestin di pekarangan Masjid al-Aqsa, kelmarin.

Tindakan selepas pelampau Yahudi dihalang beribadat di pekarangan masjid

BAITULMAQDIS: Anggota polis Israel mengganas dengan menembak berpuluh-puluh penduduk Palestin menyebabkan dua cedera parah kelmarin, selepas mereka menghalang tindakan sekumpulan pelampau Yahudi beribadat di Masjid al-Aqsa yang juga tanah suci ketiga Islam.

Walaupun sedar pelampau Yahudi itu bersalah kerana cuba melakukan ibadat Talmud di pekarangan al-Aqsa hingga memaksa jemaah masjid menghalang mereka, tembakan tetap dilepaskan terhadap orang Islam.

"Anehnya, anggota polis marah terhadap jemaah masjid itu apabila pelampau Yahudi disekat tanpa mencetuskan ketegangan. Seramai 70 anggota polis melepaskan tembakan ke arah jemaah, selain menggunakan peluru bersalut getah, cotar dan gas pemedih mata," kata seorang saksi, Mahmoud Abu Atta, kepada Islam

Keadaan mula menjadi tegang apabila sekumpulan pelampau Yahudi yang menyamar sebagai pelancong memasuki pekarangan al-Aqsa menggunakan laluan masuk sebelah Barat dikenali sebagai pintu 'Bab el-Majles.'

Penceroboh itu yang diberi kawalan anggota polis melakukan upacara keagamaan Talmud, selain melaungkan slogan supaya masjid itu dimusnahkan.

Ia menyebabkan beberapa pengawal dan jemaah masjid mengusir pelampau Yahudi itu dari pekarangan al-Aqsa.



SEORANG pemuda Palestin membaling botol ke arah polis Israel sebagai tindakan mempertahankan diri.

"Anggota polis mengejar jemaah yang lari masuk ke dalam masjid serta melepaskan tembakan dan gas pemedih mata menyebabkan ramai yang sesak nafas.

"Saya nampak sekumpulan polis menyerang dan memukul beberapa pemuda tanpa belas kasihan. Mereka bukannya mahu menjaga keamanan, tetapi bertindak balas menghukum kami yang menyekat pelampau Yahudi itu," katanya lagi.

Mahmoud berkata, jemaah dan penduduk Palestin terpaksa menggunakan batu, botol gelas, kasut dan kerusi untuk mempertahankan diri daripada keganasan polis Israel.

Seorang warga emas, Muhammed Joulani, 73, cedera terkena peluru bersalut gerah dan dilaporkan tenat. Seorang pemuda Palestin berusia 22 tahun juga cedera parah di kepalanya. � Agensi

Penternak bawa lembu, kambing bantah Kerajaan Negeri Selangor

SHAH ALAM 28 Sept. - "Kalau lembu pun tak boleh jaga, bagaimana nak jaga rakyat". 

Itu luahan kira-kira 100 penternak lembu di Selangor yang geram dan marah kepada kerajaan negeri kerana masih gagal membantu dua penternak yang mengalami kerugian ekoran kejadian empangan pecah di Lembah Sungai Tua Ulu Yam pada 24 September lalu.

Sebagai tanda tidak puas hati, mereka berhimpun secara aman sambil membawa 40 ekor lembu dan kambing di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada pukul 1.30 tengah hari ini.

Perhimpunan itu juga bertujuan menyerahkan memorandum yang mengandungi bantahan serta cadangan Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor berhubung perkara itu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengerusi persatuan itu, Samad Kassim ketika ditemui berkata, mereka kecewa kerana kerajaan negeri langsung tidak ambil tahu rintihan dua penternak berkenaan.

''Paling dikesalkan apabila tiada seorang pun wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas atau wakil kerajaan negeri menjenguk kawasan tersebut apatah lagi menyalurkan bantuan selepas lima hari kejadian berlaku.

''Sebaliknya penternak dipersalahkan dengan mendakwa ladang ternakan itu dibina secara haram sedangkan ia mempunyai permit serta membayar cukai kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS)," dakwanya.
Kejadian empangan pecah itu menyebabkan hampir 300 ekor lembu dan kambing terperangkap dan mati apabila kandang haiwan ternakan itu dinaiki air yang dipenuhi timbunan sampah.

Samad berkata, persatuan itu menuntut Menteri Besar mencari jalan membantu golongan penternak memandangkan mereka antara golongan yang menyumbang kepada sumber makanan di Selangor.

Menurutnya, sejak insiden tersebut berlaku hanya pegawai daripada Jabatan Veterinar dan kontraktor datang ke ladang itu untuk melakukan kerja-kerja mengepam air.

Beliau berkata, kerajaan negeri patut memikirkan cara untuk membantu para penternak dan bukannya menuding jari menyalahkan mereka kerana ia bercanggah dengan konsep kerajaan berkebajikan yang dilaungkan mereka.

''Sekiranya kerajaan negeri enggan membantu, kita akan hantar lembu-lembu ini ke setiap rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor," tegasnya mengenai tujuan membawa haiwan itu ke bangunan SUK.

Setelah menunggu lama, Samad dibenarkan menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad kira-kira pukul 2.30 petang.

Beliau berkata, satu memorandum juga akan diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi tujuan yang sama.

Sementara itu, Exco Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari yang mengadakan pertemuan dengan Samad dan beberapa orang penternak di pejabatnya di

Bangunan SUK petang ini memberi jaminan akan menyelesaikan masalah di ladang ternakan terlibat.
Katanya, dua ladang yang terjejas itu akan dibersihkan dan bahan binaan akan disediakan untuk membina semula kandang haiwan berkenaan.

Jelasnya, kerajaan negeri sedang mencari kawasan berkeluasan kira-kira 80 hektar bagi menempatkan semula ladang ternakan yang mengalami masalah pemilikan tanah.

Pada 28 Ogos lalu, kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam mengadakan demonstrasi secara aman dan turut mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai membantah cadangan pembinaan kuil.

Ajal 2 hari lepas nikah



KUALA TERENGGANU: “Baju Melayu arwah yang dipakai pada majlis persandingan kami dua hari lalu dan Jalur Gemilang yang menutup kerandanya akan menjadi kenangan yang sukar untuk saya lupakan.

“Sebagai tanda ikatan kasih kami, saya akan abadikan baju ini bersama baju kurung yang dipakai ketika majlis berkenaan,” kata Azlinda Muhammad, 24, balu kepada anggota tentera, Mazlan Mustaffa, 29, yang maut selepas dua hari melangsungkan pernikahan dalam kemalangan di Kilometer 99, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Batang Gergaji, Besut, semalam.

Mengimbas kembali kenangan manis selepas bergelar isteri walaupun hanya dua hari, Azlinda yang inai di jari tangannya masih merah berkata, dia tidak menyangka Aidilfitri kali ini yang pertama dan terakhir disambut bersama arwah suami.

“Meskipun hanya dua hari bergelar isteri, banyak perkara yang akan menjadi kenangan sukar dilupakan seumur hidup.

“Selain sepasang baju Melayu hijau pucuk pisang, semua barang hantaran diberikan arwah suami akan saya simpan sebagai nostalgia perkahwinan kami,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Durian Mas, Manir, di sini, semalam.

Menurut Azlinda, sebelum kejadian, arwah suami yang bertugas di Batalion Kedua, Kem Sempadan, Jeli, Kelantan, bertolak dari rumah menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya kira-kira jam 7 pagi.

Katanya, ketika keluar, dia tidak melihat sebarang perubahan pelik pada arwah suami yang turut menghantarnya ke rumah ibunya di Kampung Paya Datu, di sini, sebelum meneruskan perjalanan ke Jeli.

“Sepatutnya arwah bertolak ke Jeli malam tadi tetapi saya minta dia bertolak awal pagi esok (semalam) kerana bimbang dengan perjalanan pada waktu malam.

“Walaupun arwah sudah biasa berulang-alik dari Jeli ke kampungnya, sebagai isteri, saya tetap bimbang dengan keselamatannya dan berdoa semoga perjalanannya selamat dan tidak menyangka menerima berita buruk ini,” katanya.

Ibu mangsa, Fatimah Besar, 53, berkata, dua hari sebelum majlis akad nikah anaknya itu Sabtu lalu, arwah beria-ia memberitahu tidak mahu berkahwin dan mahu membatalkan majlis perkahwinan itu.

“Sikap arwah menyebabkan mak cik risau dan tidak menyangka rupa-rupanya dia mahu meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.

Menurutnya, arwah anak kedua daripada empat beradik seorang yang pendiam tetapi beberapa hari sebelum kejadian, dia begitu ceria dan tidak putus-putus bergurau dengan anak saudaranya.

“Walaupun pemergiannya ketika kami masih lagi bergembira dengan majlis bersejarah ketika Aidilfitri ini, mak cik reda kerana ia ketentuan Tuhan,” katanya.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Mas, di sini, kira-kira jam 8.30 malam semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Roslan Hassan berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Isnin, 28 September 2009

Kelab Gay Di Serbu


PENGUNJUNG sebuah kelab gay di Bukit Bintang berbaris untuk pemeriksaan dalam operasi.



Remaja lelaki pilih jalan songsang bersama kekasih sama jenis

BUKIT BINTANG: Mereka sepatutnya menelaah buku atau bersama keluarga di rumah, namun 34 remaja lelaki bawah umur memilih jalan songsang dengan berhibur bersama pasangan kekasih sama jenis di sebuah pub dan disko di di sini, awal pagi semalam.

Remaja itu adalah antara kira-kira 150 lelaki dipercayai gay yang berada di pusat hiburan yang turut menyajikan persembahan aksi berahi kepada pelanggan seperti diiklankan di depan premis itu.

Namun, keasyikan mereka berhibur termasuk ada yang leka menari sambil mempamerkan aksi berahi gay dan meneguk arak sehingga awal pagi, dikejutkan dengan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Dang Wangi kira-kira jam 1.30 pagi.

Difahamkan, ketika serbuan, pub dan disko itu baru memulakan pertunjukan berahi yang diadakan hanya pada Jumaat dan Sabtu.

Lebih malang, 90 peratus pengunjung pusat hiburan itu terdiri daripada kalangan orang Melayu, dengan sebahagian besar hanya berusia belasan tahun dan awal 20-an.



SEBAHAGIAN pengunjung kelab gay yang ditahan.



Tinjauan ke kelab itu sebelum ini mendapati ada pengunjung lelaki tanpa segan silu berpelukan sambil berciuman sesama sendiri, manakala ada pengunjung wanita menanggalkan baju dan menari dengan hanya memakai coli.

Dalam serbuan awal pagi semalam, kelab itu penuh sesak dengan lelaki dan hanya ada segelintir pengunjung wanita.

Polis menemui banyak kondom di atas lantai pusat hiburan itu dipercayai dibuang lelaki gay termasuk warga asing bagi melindungi kegiatan mereka.

Berdasarkan maklumat, individu yang biasa dengan pusat hiburan itu, ada antara pengunjung mengambil kesempatan menjual dadah di premis itu.
Polis kemudian membawa 34 remaja bawah umur ke IPPD Dang Wangi untuk menjalani ujian air kencing, manakala pengunjung lain termasuk warga asing dibebaskan serta-merta.

Bagaimanapun, ujian air kencing ke atas 34 remaja terbabit mendapati mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Difahamkan, dua pekerja pusat hiburan itu termasuk seorang remaja bawah umur turut dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Semua remaja terbabit dibebaskan selepas waris mereka dipanggil ke balai polis.

Seorang waris yang ditemui berkata, beliau terkejut apabila dua anak saudaranya menghubungi dan memaklumkan ditahan polis di pusat hiburan berkenaan.

“Saya memang tak sangka anak saudara saya itu mengunjungi pusat hiburan seperti ini. Mereka memang tinggal bersama saya dan kejadian ini pasti mengecewakan ibu bapa mereka yang juga kakak dan abang saya,” katanya.

Serbuan itu hasil aduan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan (Bukit Bintang) yang mengambil inisiatif memantau rapi pusat hiburan terbabit bagi mengelak lebih ramai orang Islam terjebak dengan gejala maksiat seperti gay.

Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan (Bukit Bintang), Roslan Dahaman yang turut turun padang ke lokasi serbuan berkata, pemantauan pusat hiburan itu yang dilakukan anggota Bahagian Risikan dikenali sebagai Muaz.

“Ia satu daripada usaha pihak kami menangani gejala sosial di kalangan umat Islam serta operasi hiburan dan maksiat tidak berlesen.

“Kami berterima kasih kepada polis kerana membuat serbuan ini, tetapi kami kesal terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana tidak turut bersama dalam serbuan itu walaupun aduan sudah dibuat terhadap kedua-dua pihak berkenaan,” katanya sambil menambah pihaknya akan meneruskan usaha seperti itu.

Adik pelakon Rusdi Ramli Maut buru pencuri



KUALA LUMPUR: “Di jangan Di, bahaya, nanti jatuh,” laung beberapa penduduk yang menyaksikan saat cemas ketika adik pelakon Rusdi Ramli, Edi Rizal, 33, berpaut pada balkoni di tingkat tujuh pangsapuri dengan sebelah tangan memegang kayu hoki.

Bagaimanapun, kebimbangan mereka menjadi nyata apabila melihat anak ketiga pelakon Norlia Ghani itu jatuh selepas pautannya di dinding balkoni itu terlepas.

“Kami yang berada di bawah pangsapuri menjerit supaya dia tidak cuba memasuki rumah yang disyaki ada pencuri di dalamnya, tetapi dia tetap mahu cuba memberkas pencuri terbabit,” kata saksi Faisal Rizal, 35.

Menurut Faisal, beberapa penduduk mendakwa melihat kelibat individu yang mencurigakan kira-kira jam 12 tengah hari cuba memecah masuk rumah penghuni Pangsa Murni Titiwangsa Keramat Jaya 2, Jalan Gurney, Keramat yang kosong kerana masih di kampung sempena Aidilfitri.

“Kami beramai-ramai keluar mengepung suspek yang dipercayai berada di sebuah rumah di tingkat tujuh, ada antara kami yang berada di tingkat berkenaan dan ada yang menunggu di bawah,” katanya.

Namun, Edi cuba memasuki rumah di tingkat tujuh terbabit bagi memeriksa sama ada penjenayah berada di rumah berkenaan atau tidak.

“Segalanya berlaku begitu pantas, malah ketika pautan tangan Edi terlepas, kami sempat melihatnya terjuntai beberapa ketika sebelum jatuh dan terkena bumbung sisi sebuah rumah di bawah sebelum terjatuh di kaki lima,” katanya.

Faisal berkata, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaannya sangat parah dan terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk mendapatkan bantuan.

Seorang lagi penghuni, Jamaluddin Ahmad, 58, yang turut dalam kumpulan penduduk untuk mengesan pencuri terbabit tidak menyangka niat baik Edi untuk membanteras penjenayah berakhir dengan tragedi.

“Saya terkejut melihat kejadian itu dan tidak menyangka Edi menemui ajalnya ketika cuba memberkas pencuri, jelas niatnya murni, namun Tuhan lebih menyayanginya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

Sabtu, 26 September 2009

Alat jerat pemandu laju


SOLAH melihat peralatan pengesan kelajuan yang akan digantikan dengan AES sambil diperhatikan Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan (kanan) di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Pemandu tegar yang sering memandu melebihi had laju dijangka tidak dapat mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan apabila kerajaan memasang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di jalan raya yang mampu mengesan kelajuan secara automatik tanpa perlu meletakkan anggota polis trafik.

Alat pengesan kelajuan, iaitu 'piezo' akan dipasang di 831 lokasi di seluruh negara bagi mengesan dan merekodkan kelajuan, nombor pendaftaran serta merakam gambar pemandu menerusi kamera automatik jika kenderaan dipandu melebihi had laju.

AES mampu beroperasi 24 jam sehari sepanjang 365 hari setahun serta kalis panas dan hujan akan menggantikan sistem manual sedia ada untuk mengesan mereka yang sering memandu melebihi had laju.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata sistem yang bertujuan mengurangkan kadar kemalangan, terutama pada musim perayaan sudah diuji dan masih menunggu kelulusan kerajaan untuk dilaksanakan di lokasi tertentu di seluruh negara.

Beliau berkata, menerusi sistem itu, maklumat kesalahan akan dihantar terus kepada pusat kawalan bagi mengenal pasti pemandu atau pemilik kenderaan berdasarkan maklumat dalam pangkalan data JPJ.

Katanya, ia kemudian akan mengeluarkan saman secara automatik untuk dihantar melalui pos kepada pesalah.





Solah berkata, maklumat yang direkodkan boleh digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan mahkamah kerana ia menyimpan maklumat lengkap termasuk gambar pemandu, selain lokasi dan masa kesalahan serta nombor pendaftaran kenderaan.

"Selain berfungsi mengesan kesalahan lalu lintas, sistem itu juga berupaya mengesan dengan mudah penjenayah yang menggunakan kenderaan," katanya.

Solah berkata, pihaknya sudah menjalankan ujian di Putrajaya dan di Lebuh Raya Guthrie bagi menguji tahap kecekapan sistem berkenaan.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem itu dijangka dapat merealisasikan pelan jangka panjang kerajaan mencapai sasaran dua kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar menjelang tahun 2010.
Idea melaksanakan sistem itu timbul selepas JPJ dan beberapa pihak berkuasa lain diarah oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya untuk mengenal pasti inisiatif terbaik mengurangkan kadar kemalangan terutama kemalangan maut.

Penggunaannya juga hasil kajian di 12 negara yang mengguna pakai AES, termasuk Australia, United Kingdom, Kuwait, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Sweden dan Jerman.

Kami ahli syurga





KUALA LUMPUR: “Mengaku salah bukan bererti kalah. Pengakuan itu hanya dari sudut undang-undang kerana kami tetap yakin berada di jalan kebenaran menuju ke syurga,” dakwa bekas penyanyi kumpulan era 80-an yang menjadi pengikut taksub ajaran Abdul Kahar Ahmad atau ‘Rasul Melayu’.

Penyanyi reggae itu yang enggan namanya disiarkan berkata, pengakuan bersalah ‘Rasulnya’ bukan bermakna mereka mengalah dari sudut prinsip, malah ia membuktikan kebenaran ajaran Haji Kahar.

Menjelas lanjut mengenai alasannya, penyanyi berkenaan berkata, syarat untuk melayakkan seseorang masuk ke syurga ialah mengamalkan ajaran Haji Kahar yang menekankan lima asas utama.

“Sikap ini perlu 100 peratus ada dalam hati dan saya mengambil masa 25 tahun untuk benar-benar mencapai peratusan ini menyebabkan saya yakin akan masuk syurga seperti yang bakal dinikmati Haji Kahar.

“Ini ajaran sebenar. Jadi apabila Haji Kahar mengaku bersalah, ia membuktikan dia tidak mahu ‘berkeras’ dan menentang undang-undang, sekali gus mengekalkan lima perkara asas itu dalam dirinya,” katanya.

Menurutnya, apabila orang lain enggan menerima ajaran itu, untuk apa Haji Kahar ‘berkeras’ sedangkan sifat itu bertentangan ajarannya.

“Bila dia menunjukkan sifat cuba melawan undang-undang, maka wujud sifat negatif. Mana ada dalam ajarannya sifat negatif...jadi sebab itu lebih baik mengaku salah, tetapi ia bukan bererti kalah.

“Kalau orang tak percaya, apa boleh buat... nanti orang cakap hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong,” katanya.

Sementara itu, dalam satu pertemuan dengan wakil Harian Metro, penyanyi berusia lewat 50-an itu mendakwa, kalau semua orang mengikuti asas ajaran sesat itu, dunia akan menjadi tempat paling bahagia dan selamat tanpa perlu ada pihak berkuasa untuk memantau keadaan.

“Tidak mengapa kalau seseorang itu minum arak atau berpakaian seksi asalkan jiwanya positif selepas mencapai tahap 100 peratus asas ajaran (Haji Kahar),” katanya yang begitu taksub terhadap ‘Rasul Melayu’ yang mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam terhadap lima pertuduhan, kelmarin.

Penyanyi itu mendakwa, Islam yang sebenar bukan sekadar menunaikan solat lima waktu, puasa, zakat atau menunaikan haji, tetapi lebih kepada membersihkan hati dengan sikap positif.

“Saya sudah mengikuti ajaran Haji Kahar selepas membuat kajian dan yakin dia ‘Rasul’ yang diturunkan setiap satu kurun. Rasul bermakna seorang yang menyampaikan teladan baik tapi nabi ialah orang yang menerima wahyu iaitu Nabi Muhammad.

“Rasul juga diturunkan kepada setiap bangsa dan Haji Kahar untuk orang Melayu. Bila seseorang Rasul wafat mesti ada penggantinya untuk memperbetulkan ajaran. Jadi bila Nabi Muhammad wafat, mesti Tuhan turunkan pengganti,” katanya.

Beliau juga memuji Haji Kahar yang disifatkannya ‘Rasul’ di kalangan umat Melayu kerana tidak pernah diazabkan walaupun sudah secara terbuka mendakwa sebagai ‘Rasul’.

“Awak ingat senang-senang dia (Haji Kahar) hendak mengaku Rasul. Jika tak betul, Tuhan akan azab dia.

“Haji Kahar mengaku ‘Rasul’ sebab dia benar-benar mempunyai kelayakan dan saya mengikut dia dan sudah memperoleh separuh apa yang diajarnya,” katanya.

Menurutnya, Haji Kahar tidak pernah menjadi guru kepada pengikutnya, sebaliknya hanya bertindak sebagai pembimbing untuk mencapai lima perkara itu berdasarkan potongan terjemahan al-Quran.

Dia turut mempertikaikan kebenaran hadis nabi kerana mendakwa ia bukan 100 peratus betul, sebaliknya sudah bercampur aduk.

Dalam pertemuan hampir dua jam itu, penyanyi terbabit turut menunjukkan salinan beberapa surah al-Quran seperti Al-A’raf, Al-Ankabut, Al-Alaq, Ali Imran dan Az-Zumar yang ditandakan bagi menyokong lima asas ajaran Haji Kahar.

Penyanyi terbabit turut mendakwa Haji Kahar turut merantau ke seluruh dunia termasuk ke Israel untuk menguji diri sama ada dia seorang ‘Rasul’ atau tidak selepas menerima ‘petunjuk’.

Isnin, 21 September 2009

Cara Hacker mengambil data pribadi kita

 Tulisan ini mungkin mengundang kontroversi bagi sebagian orang, tapi saya disini tidak ada maksud untuk berbuat yang tidak baik. tapi artikel ini saya dapat untuk dibagi kepada temen-temen agar dapat berhati-hati dengan yang namanya keamanan data pada sebuah internet. mungkin artikel ini sedikit membantu kita semua agar kita bisa mengetahui bagaimana seorang hacker beraksi.

Para hacker sangat suka sekali kejahatan yang satu ini, kenapa? Karena kalau cuma nge-hack website atau deface (merubah tampilan/link website) merupakan sesuatu yang tidak ada untungnya. Dan hal ini bisa ke deteksi dan pelaku kejahatan bisa ketangkap dengan mudah kalau sites yang dia masuki memiliki TRACKER (program pelacak ip/link) atau LOG FILE (file yang mencatat aktivitas user/ip yang masuk ke website). Kalau carding mereka bisa bebas tanpa jejak dan juga kadang-kadang setelah mendapatkan datanya, mereka sebarkan antar hacker sehingga susah dilacak orang pertama yang mencuri data kartu kredit. Kejadian baru-baru ini yaitu situs internet teroris Indonesia juga di register dari hasil carding.

Ada beberapa cara yang digunakan oleh hacker dalam mencuri kartu kredit, antara lain:

1. Paket sniffer, cara ini adalah cara yang paling cepat untuk mendapatkan data apa saja. Konsep kerjanya mereka cukup memakai program yang dapat melihat atau membuat logging file dari data yang dikirim oleh website e-commerce (penjualan online) yang mereka incar. Pada umumnya mereka mengincar website yang tidak dilengkapi security encryption atau situs yang tidak memiliki security yang bagus.

2. Membuat program spyware, trojan, worm dan sejenisnya yang berfungsi seperti keylogger (keyboard logger, program mencatat aktifitas keyboard) dan program ini disebar lewat E-mail Spamming (taruh file-nya di attachment), mirc (chatting), messenger (yahoo, MSN), atau situs-situs tertentu dengan icon atau iming-iming yang menarik netter untuk mendownload dan membuka file tersebut. Program ini akan mencatat semua aktivitas komputer anda ke dalam sebuah file, dan akan mengirimnya ke email hacker. Kadang-kadang program ini dapat dijalankan langsung kalau anda masuk ke situs yang di buat hacker atau situs porno.

3. Membuat situs phising, yaitu situs sejenis atau kelihatan sama seperti situs aslinya. contoh di Indonesia ketika itu situs klik bca (www.klikbca.com), pernah mengalami hal yang sama. situs tersebut tampilannya sama seperti klikbca tetapi alamatnya dibikin beberapa yang berbeda seperti www.clikbca.com, www.kikbca.com, dll, jadi kalau netter yang salah ketik, akan nyasar ke situs tersebut. Untungnya orang yang membuat situs tersebut katanya tidak bermaksud jahat. Nah kalau hacker carding yang buat tuh situs, siap-siap deh kartu kredit anda bakal jebol.

4. Menjebol situs e-commerce itu langsung dan mencuri semua data para pelanggannya. Cara ini agak sulit dan perlu pakar hacker atau hacker yang sudah pengalaman untuk melakukannya. Pada umumnya mereka memakai metode injection (memasukan script yang dapat dijalankan oleh situs/server) bagi situs yang memiliki firewall. Ada beberapa cara injection antara lain yang umum digunakan html injection dan SQL injection. Bagi situs yang tidak memiliki security atau firewall, siap-siaplah dikerjain abis-abisan.

Ada beberapa cara lagi yang dilakukan para hacker, tapi cara-cara di atas adalah cara yang paling umum dilakukan hacker untuk carding. Cara yang tidak umum akan dijelaskan nanti di lain waktu. Kejahatan tidak hanya terjadi karena ada niat dari si pelaku, tetapi karena adanya kesempatan, waspadalah… waspadalah…

Artikel ini tidak ditujukan untuk mengajari anda gimana mencuri data kartu kredit, tapi saya hanya ingin berbagi supaya di kemudian hari anda bisa terhindari dari kejahatan pencurian data kartu kredit. Istilah kejahatan kartu kredit yang biasa di istilahkan “carding” sejak adanya internet meningkat ratusan persen. Ironisnya Indonesia masuk dalam jajaran top 10 (sempat di peringkat pertama) sehingga kartu kredit terbitan Bank-Bank Indonesia ditolak ketika belanja online di situs luar negeri.

Sumber : http://anantopriyadi.multiply.com/journal/item/31http://yahoindo.com/redirector.php?url=htt...ibadi-kita.html

Ganjil Tetapi Benar



Sewaktu kisah perkahwinan mereka dipaparkan kali pertama, mungkin ramai berasa hairan. Wook Kundur berusia 106 tahun manakala suaminya Mohd Nor Che Musa, 38. Wook bukan orang berharta, dia hanya tinggal di pondok buruk di Kg. Bukit Tok Bat, Kuala Berang,Terengganu

Kenyataan Wook sebelum ini …

"Layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu”

Hebat Wook, pada usia emas masih 'bertenaga'. Sebelum mengahwini Mohd Nor, dipanggilnya ‘Non’, Wook mendakwa pernah menjadi suami 22 lelaki. Pada usia muda, kata Wook, setiap pemuda dikenali pasti mengajaknya berkahwin.

Malangnya, awal Julai lalu Mohd Nor diberkas penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan berikutan positif dadah jenis heroin dan dimasukkan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Sg. Besi, Kuala Lumpur.

''Saya harap dia berubah dan bertaubat. Dulu memang dia kerap keluar malam jumpa kawan-kawan. Dia juga jual kereta dan cincin saya, tapi saya tak syak apa-apa”

Kini, Wook sudah mengetahui hakikat sebenar namun masih menyanjungi suaminya. Hairan bukan?

Jam 10 pagi semalam, Wook dengan bantuan ahli perniagaan, Adela Zulfakar dan dua rakannya, Azlina Resad serta suami Mohd Azril Ahmad mempertemukan Wook dan suaminya di Sg. Besi. Lihat gambar dirakam Kosmo, bagaimana dia gembira memeluk suaminya.

Sikap dan keputusan perempuan kekadang sukar difahami samada mereka muda atau sudah dimamah usia. Apapun, jelasnya perempuan tetap memerlukan kasih sayang lelaki tanpa mengira usia.

Fitrah alam, mungkin.

Ahad, 20 September 2009

185 laman web kena ceroboh

PEMILIK laman web di Malaysia diminta berhati-hati dan mengemas kini sistem keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam Internet berikutan insiden serangan terhadap laman web Malaysia baru-baru ini.

Pemilik laman web Malaysia perlu mengemas kini dan melindungi aplikasi serta pelayan mereka dengan perkhidmatan keselamatan bagi melindungi kelemahan tersembunyi.

"Ia perlu bagi mengelak sebarang ruang yang boleh dieksploitasikan penggodam untuk menjejaskan laman web mereka," kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam satu kenyataan akhbarnya, SKMM berkata insiden kali pertama dikesan pada 31 Ogos dan ia kini menjejaskan 125 laman web.

Insiden terbabit menyaksikan penggodam itu memasukkan halaman kandungan dengan ancaman ke laman web seterusnya mengumumkan kejayaan mereka melemahkan laman web itu.

Suruhanjaya itu berkata ia memantau situasi terbabit menerusi Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM (SNSC) dan mengesan pelbagai komen yang dihantar penggodam berkaitan blog, forum dan laman web sosial.

Berdasarkan laporan daripada pemilik laman web yang digodam, tiada bukti menunjukkan kegiatan terbabit menjejaskan laman web mereka melainkan sisipan halaman baru dihantar penggodam.

SKMM giat bekerjasama dengan mereka dalam usaha membantu mengemas kini laman web yang digodam dengan pek perkhidmatan terbaru bagi membaiki masalah itu dan membuang laman web yang disisipkan.

Pemilik laman web dinasihatkan menghubungi SKMM jika mereka mengesan kegiatan tidak bermoral dalam laman web mereka.

Rakan-rakan PTT Chanel ((( KL )))


Rakan-Rakan dari chanel KL.















  




Di sini ada sikit gambar-gambar untuk tatapan rakan-rakan.
chanel ((( KL))).

Lokasi :  kedai minum berdapan dengan shell dari traficligt cefour menuju ke tanjung harapan.
Masa  :  2am & 4am
Tarikh :  16 / 9 / 09

kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan chanel ((( KL ))) bolehlah tinggalkan pesanan di komen saya.

Sekian Terima kasih
(YANG BENAR RAJA PENYU)

Sabtu, 19 September 2009

RASUL MELAYU DI TANGKAP OLEH JAIS


Abd. Kahar Ahmad (tengah) yang mendakwa dirinya sebagai rasul berjaya ditahan di Sungai Long, Kajang pagi semalam oleh anggota penguat kuasa JAIS selepas membuat intipan.


menyembunyikan diri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak lebih dua tahun lalu, akhirnya berjaya ditangkap di rumah sewanya di Sungai Long, Kajang pagi ini.


Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, ketika serbuan dilakukan pada pukul 9.45 pagi, bekas pekerja am di Zoo Negara berusia 59 tahun itu sedang makan sambil menonton televisyen di ruang tamu rumah tersebut.

Tambahnya, turut berada di dalam rumah itu ialah anaknya yang dikenali sebagai Zulhilmi dan pembantu rumah.

‘‘Abd. Kahar cuba melarikan diri ketika ditahan tetapi kemudiannya berhenti.
‘‘Tiada sebarang pergelutan berlaku. Ini adalah kes pertama lelaki mengaku rasul ditahan. Syukur Alhamdulillah, mungkin ini berkat bulan Ramadan,” katanya pada sidang akhbar mengenai penangkapan lelaki itu di sini hari ini.

Katanya lagi, JAIS berjaya mendapat perintah waran tahanan ke atas Abd. Kahar dari Mahkamah Tinggi Syariah di sini sehingga tarikh perbicaraan pada 7 Oktober ini.

Mohammed Khusrin memberitahu, seramai 12 pegawai penguat kuasa JAIS dan sekumpulan polis terlibat dalam operasi itu setelah memantau pergerakannya di rumah itu sejak Isnin lalu.

Beliau berkata, tangkapan itu juga merujuk kepada waran yang dikeluarkan sebelum ini setelah lelaki itu tidak hadir buat pertama kali di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas lima tuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor pada 17 Ogos 2005.

Antara kesalahan dan akidahnya menyimpang jauh dari agama Islam ialah mengakui dirinya rasul atau utusan Allah dan mendakwa rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah.

Dia juga berkata, sembahyang lima waktu tidak wajib dan padanya sembahyang itu memadai dengan hanya membuat kebaikan dan menjauhkan diri daripada perbuatan mungkar.

Kejayaan tersebut, jelas Mohammed Khusrin, adalah hasil maklumat orang awam yang cam wajah Abd. Kahar menerusi risalah yang diedarkan termasuk disiarkan di media-media.

‘‘Serentak dengan kejayaan itu juga, JAIS akan menganugerahkan kepada individu pemberi maklumat sebanyak RM20,000 seperti yang dijanjikan sehingga tertangkapnya Abd. Kahar,” ujar beliau.

Beliau berkata, Abd. Kahar sebelum ini dikesan menyewa di sebuah apartmen di kawasan Hulu Klang dan JAIS hampir berjaya menangkapnya, tetapi dia terlebih dahulu keluar dari kediaman tersebut.

‘‘Akhirnya JAIS menerima maklumat, dia telah berpindah dan menyewa sebuah rumah di Sungai Long hingga berjaya diberkas hari ini,’’ katanya.

Katanya lagi, JAIS juga sedang mengumpul bukti kukuh untuk menahan Zulhilmi yang dipercayai turut menjadi penyebar ajaran sesat pimpinan bapanya menerusi sebuah laman blog.

MPV MALAYSIA :PROTON VS PRODUA



    PROTON EXZORA DAH DILANCARKAN



                                    
      PRODUA MPV : SEPTEMBER 2009

YANG MANA AKAN MENJADI PILIHAN?

Belakang kepala Noordin hancur


BAMBANG menunjukkan cap jari Noordin bagi mengesahkan kematian penjenayah paling dikehendaki sejak sembilan tahun lalu.


Indonesia lega militan dikehendaki maut

JAKARTA: Bahagian belakang kepala suspek pengganas warga Malaysia, Noordin Mohammad Top yang mati dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, hancur. Namun, tubuhnya tidak rosak, kata seorang ahli Parlimen, semalam.

"Lukanya adalah pada bahagian belakang kepala. Tetapi, jasadnya utuh," kata Ketua Jawatankuasa III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Trimedya Panjaitan selepas melihat mayat Noordin di Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta Timur.

"Jenazah tiga suspek yang lain ada yang tangannya putus, dan satu lagi kepalanya hancur," kata ahli politik Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDIP) itu.

Pengesahan kematian Noordin yang diburu sejak sembilan tahun itu berikutan dakwaan pembabitannya dalam beberapa pengeboman di Jakarta dan Bali, jelas melegakan polis Indonesia.

Bagaimanapun, masih belum dijelaskan bagaimana Noordin terbunuh dalam operasi terbaru itu. Ada laporan menyatakan dia meletupkan bom ketika polis melakukan operasi.




Wajah Ketua Polis Republik Indonesia, Bambang Hendarso Danuri nampak berseri-seri ketika meninggalkan Makmal Forensik Rumah Sakit (RS) Polri Sukanto, Kramat Jati, Jakarta Timur, petang semalam.

Pada sidang akhbar yang diadakan selepas itu, pengumuman beliau bahawa polis sudah mengesahkan kematian Noordin berdasarkan cap jari, anggota polis dan wartawan menyambut berita itu dengan tepukan gemuruh.



ketika menunjuk gambar cap jari Noordin sebagai pengesahan salah satu mayat yang ditemui dalam rumah yang diserbu adalah suspek pengganas paling dikehendaki Indonesia.

Sebulan lalu, polis Indonesia pada mulanya mengesyaki mereka sudah membunuh Noordin dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jawa Tengah.
Bagaimanapun, mereka kemudian hampa berikutan ujian forensik mengesahkan orang yang terbunuh bukanlah Noordin tetapi orang bawahannya.

Noordin yang pada mulanya menganggotai Jemaah Islamiah (JI) sebelum menubuhkan kumpulan serpihan yang lebih ganas, disyaki merancang serangan bom ke atas hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, Kedutaan Australia juga di Jakarta pada 2004 dan pengeboman di Bali pada 2005.

Dia juga disyaki menjadi dalang kepada serangan hampir serentak terhadap hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton, Julai lalu.

Operasi semalam di Mojosongo, daerah Zebres, Solo, bermula dengan polis menyoal siasat dua rakan Noordin yang diberkas di kawasan berhampiran, tengah hari kelmarin.

Berikutan itu, unit khas Detachment 88 dikerah mengepung rumah itu.


Selasa, 15 September 2009

Perjalanan percuma di lebuh raya karak, LPT

 

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Semua pengguna Lebuh Raya Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) akan menikmati perjalanan percuma tanpa tol pada 18 dan 24 September ini.

Perjalanan percuma itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi pada hari berkenaan.
Demikian diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmi Khalid.- Utusan

Isnin, 14 September 2009

Berbuka puasa bersama ( PTT GROUP CHANEL SEMBANG KUANTAN)

PTT GROUP CHANEL SEMBANG KUANTAN









Selesainya majlis berbuka puasa bersama rakan- rakan  PTT chanel sembang kuantan.
Di sini ada sikit gambar-gambar untuk tatapan rakan-rakan.
Moga akan datang ada lagi aktiviti macam ni bagi mengeratkan lagi saliturahim sesama kita.!!!


Lokasi :  kuantan > rumah pak tue ayie@ batman onar
Masa  :  6.30 pm > 11.00 pm
Tarikh :  6 / 9 / 09

kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat chanel SEMBANG KUANTAN bolehlah tinggalkan pesanan kat komen......Di akhir kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA TAK JUMPA MAKA TAK MESRA.


Sekian Terima kasih
(YANG BENAR EN.BILY)

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya