KUALA TERENGGANU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) melahirkan rasa bimbang dengan kemarahan di kalangan umat Islam di negara ini berhubung isu kalimah Allah.
Sambil menyifatkan keputusan mahkamah mengenai isu itu sebagai mengejutkan, Dr. Mahathir percaya walau apa pun alasan yang diberi, kemarahan tetap tercetus di kalangan umat Islam terhadap pihak lain yang menggunakan kalimah Allah.
"Terjemahan perkataan god dalam bahasa Inggeris adalah tuhan bukan Allah. Allah adalah spesifik untuk orang Islam sahaja.
"Jadi kalau mereka (agama lain) faham, mereka akan gunakan perkataan tuhan bukannya Allah," katanya kepada pemberita selepas membentangkan ucaptama mengenai Mahasiswa Melayu: Cabaran dan Masa Depan pada Konvensyen Mahasiswa Melayu 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan