
Termasuklah penternakan ikan keli di Malaysia.Selain dari rasanya yang lebih enak, ikan keli organik ini lebih berkhasiat dan kos ternak ikan keli yang jauh lebih murah.
pada hari ini saya ingin berkongsi kepada andacara penternakan ikan keli secara semulajadi sama ada dalam kolam bersimen ataupun dalam kanvas.Sebelum bermula mari kita sama-sama melihat apakah bahan-bahan yang perlu disediakan untuk ternak ikan keli secara organik.
- Air
- Kolam simen/kolam kanvas
- Pasir sungai
- Kompos organik
- pokok keladi bunting atau pokok teratai bunga
- Benih ikan keli
Setelah anda berjaya menyediakan kesemua kelengkapan untuk menternak ikan keli organik ini kita lihat pula cara penyediaannya pula:
Pertama anda perlu letakkan pasir sungai ke dalam kolam sebanyak kurang lebih 3 cm ke 6 cm ketinggiannya.Kemudian masukkan kompos organik di atas pasir sungai dalam anggaran pengiraan kurang lebih 500 ekor anak ikan keli = 1kg kompos.Selepas itu masukkan air ke dalam kolam takungan sehingga kurang lebih 2 kaki ketinggian.Selesai memasukkan air letakkan pula pokok keladi bunting atau pokok teratai bunga di permukaan air menutupi ruang kolam ikan keli anda.
Jangan masukkan anak ikan keli dahulu.Biarkan selama 5 hari untuk pembiakan plankton pada akar-akar pokok keladi bunting atau teratai bunga.Selepas 5 hari baru masukkan anak ikan keli ke dalam kolam.
Ikan keli organik tidak perlu diberi makanan lain sehingga tempoh matang (4 bulan).Saiz benih ikan keli yang baik dengan persekitaran pembiakan adalah antara 2-3 inci.Air takungan tidak perlu dibersihkan, hanya perlu ditambah jika berkurangan.
Dah dapat gambaran bagaimana nak ternak ikan keli secara semula jadi?Apa lagi jom kita buat sekarang sebagai projek ikan keli pertama anda :)
Face MaskDi saat CONVID-19 ini MAGS PREMIUM GIFTS menyediakan Ready Stock Face Mask untuk anda. Dapatkan segera dengan Team Sales kami sementara stock masih ad.
BalasPadamReady Stock Original 3ply
Kualiti terjamin (with CE Certificate)
Tidak serap air
Tapis habuk, virus, air, bakteria
Selesa dipakai dan membolehkan pernafasan yang lebih bebas
Hubungi kami untuk dapatkan facemask sementara stock masih ada:
Mags Premium Gifts Sdn Bhd
Sales Team: 017 300 1977 / 018 299 3097
Saya dan keluarga memulangkan kepunyaan kamu ucuwan.blogspot. yang ada pada kami.
BalasPadam