Cari Blog Ini

Ahad, 21 Februari 2010

Masjid runtuh hempap jemaah

SEKUMPULAN penduduk tempatan mengusung seorang mangsa yang berjaya diselamatkan daripada runtuhan di Meknes semalam.

RABAT - Hujan lebat menjadi punca sebuah menara masjid berusia 400 tahun di Meknes, 140 kilometer dari Rabat, ibu negara Maghribi, tiba-tiba runtuh sebelum menghempap ratusan jemaah yang sedang mendengar khutbah Jumaat kelmarin.

Kementerian Dalam Negeri berkata, sekurang-kurangnya 41 dikhuatiri maut manakala 86 cedera dalam kejadian tragis di Masjid Lalla Khenata dalam daerah Bab Berdieyinne yang dibina Sultan Moulay Ismail sewaktu Meknes menjadi ibu negara abad ke-16.

Pemerintah Maghribi, Raja Mohamed VI menitahkan pihak berkuasa untuk segera membina semula masjid itu yang juga mercu tanda utama Meknes setelah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Angka maut dijangka bertambah kerana masih ramai mangsa terperangkap belum dikeluarkan daripada runtuhan manakala mereka yang parah terpaksa dihantar ke bandar berdekatan Fes, kata ahli Parlimen tempatan, Dr. Abdallah Bouanou.

Sepasukan pakar psikologi turut dihantar tetapi pasukan penyelamat mendakwa, usaha mencari mangsa agak perlahan kerana hujan lebat berterusan menyukarkan mereka mengesan mangsa. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya