Cari Blog Ini

Sabtu, 19 September 2009

Belakang kepala Noordin hancur


BAMBANG menunjukkan cap jari Noordin bagi mengesahkan kematian penjenayah paling dikehendaki sejak sembilan tahun lalu.


Indonesia lega militan dikehendaki maut

JAKARTA: Bahagian belakang kepala suspek pengganas warga Malaysia, Noordin Mohammad Top yang mati dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, hancur. Namun, tubuhnya tidak rosak, kata seorang ahli Parlimen, semalam.

"Lukanya adalah pada bahagian belakang kepala. Tetapi, jasadnya utuh," kata Ketua Jawatankuasa III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Trimedya Panjaitan selepas melihat mayat Noordin di Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta Timur.

"Jenazah tiga suspek yang lain ada yang tangannya putus, dan satu lagi kepalanya hancur," kata ahli politik Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDIP) itu.

Pengesahan kematian Noordin yang diburu sejak sembilan tahun itu berikutan dakwaan pembabitannya dalam beberapa pengeboman di Jakarta dan Bali, jelas melegakan polis Indonesia.

Bagaimanapun, masih belum dijelaskan bagaimana Noordin terbunuh dalam operasi terbaru itu. Ada laporan menyatakan dia meletupkan bom ketika polis melakukan operasi.




Wajah Ketua Polis Republik Indonesia, Bambang Hendarso Danuri nampak berseri-seri ketika meninggalkan Makmal Forensik Rumah Sakit (RS) Polri Sukanto, Kramat Jati, Jakarta Timur, petang semalam.

Pada sidang akhbar yang diadakan selepas itu, pengumuman beliau bahawa polis sudah mengesahkan kematian Noordin berdasarkan cap jari, anggota polis dan wartawan menyambut berita itu dengan tepukan gemuruh.



ketika menunjuk gambar cap jari Noordin sebagai pengesahan salah satu mayat yang ditemui dalam rumah yang diserbu adalah suspek pengganas paling dikehendaki Indonesia.

Sebulan lalu, polis Indonesia pada mulanya mengesyaki mereka sudah membunuh Noordin dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jawa Tengah.
Bagaimanapun, mereka kemudian hampa berikutan ujian forensik mengesahkan orang yang terbunuh bukanlah Noordin tetapi orang bawahannya.

Noordin yang pada mulanya menganggotai Jemaah Islamiah (JI) sebelum menubuhkan kumpulan serpihan yang lebih ganas, disyaki merancang serangan bom ke atas hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, Kedutaan Australia juga di Jakarta pada 2004 dan pengeboman di Bali pada 2005.

Dia juga disyaki menjadi dalang kepada serangan hampir serentak terhadap hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton, Julai lalu.

Operasi semalam di Mojosongo, daerah Zebres, Solo, bermula dengan polis menyoal siasat dua rakan Noordin yang diberkas di kawasan berhampiran, tengah hari kelmarin.

Berikutan itu, unit khas Detachment 88 dikerah mengepung rumah itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya