POLIS Israel mengganas dengan menembak berpuluh-puluh penduduk Palestin di pekarangan Masjid al-Aqsa, kelmarin.
Tindakan selepas pelampau Yahudi dihalang beribadat di pekarangan masjid
BAITULMAQDIS: Anggota polis Israel mengganas dengan menembak berpuluh-puluh penduduk Palestin menyebabkan dua cedera parah kelmarin, selepas mereka menghalang tindakan sekumpulan pelampau Yahudi beribadat di Masjid al-Aqsa yang juga tanah suci ketiga Islam.
Walaupun sedar pelampau Yahudi itu bersalah kerana cuba melakukan ibadat Talmud di pekarangan al-Aqsa hingga memaksa jemaah masjid menghalang mereka, tembakan tetap dilepaskan terhadap orang Islam.
"Anehnya, anggota polis marah terhadap jemaah masjid itu apabila pelampau Yahudi disekat tanpa mencetuskan ketegangan. Seramai 70 anggota polis melepaskan tembakan ke arah jemaah, selain menggunakan peluru bersalut getah, cotar dan gas pemedih mata," kata seorang saksi, Mahmoud Abu Atta, kepada Islam
Keadaan mula menjadi tegang apabila sekumpulan pelampau Yahudi yang menyamar sebagai pelancong memasuki pekarangan al-Aqsa menggunakan laluan masuk sebelah Barat dikenali sebagai pintu 'Bab el-Majles.'
Penceroboh itu yang diberi kawalan anggota polis melakukan upacara keagamaan Talmud, selain melaungkan slogan supaya masjid itu dimusnahkan.
Ia menyebabkan beberapa pengawal dan jemaah masjid mengusir pelampau Yahudi itu dari pekarangan al-Aqsa.
SEORANG pemuda Palestin membaling botol ke arah polis Israel sebagai tindakan mempertahankan diri.
"Saya nampak sekumpulan polis menyerang dan memukul beberapa pemuda tanpa belas kasihan. Mereka bukannya mahu menjaga keamanan, tetapi bertindak balas menghukum kami yang menyekat pelampau Yahudi itu," katanya lagi.
Mahmoud berkata, jemaah dan penduduk Palestin terpaksa menggunakan batu, botol gelas, kasut dan kerusi untuk mempertahankan diri daripada keganasan polis Israel.
Seorang warga emas, Muhammed Joulani, 73, cedera terkena peluru bersalut gerah dan dilaporkan tenat. Seorang pemuda Palestin berusia 22 tahun juga cedera parah di kepalanya. � Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan