Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Lama gak pak cik tak bukak wongalus, gedung ilmu ghaib kat nusantara ni. So, pak cik pun ronda ronda baca satu demi satu. Dan yang pak cik tertarik adalah asma sirrul jibril ni. Pemilik keilmuan ni da ijazah secara umum da. Oleh itu, moh le kita yang ada kesempatan ni amalkan ya.
Sejarah penggunaan Asma Sirrul Jibril ni adalah apabila Nabi Isa AS telah dikejar oleh musuhnya. Dan ketika itu, turunlah malaikat Jibril dan mengajar asma ni pada Nabi ISa AS. Nabi Isa AS pun dengan izin ALLAH telah diselamatkan dari musuh baginda dengan diangkat ke langit.
Rasulullah SAW juga mengajarkan asma ini hanya kepada dua bani saja iaitu Bani Hashim dan Bani Abdi Manaf. Rasulullah dalam mafhumnya menyebut siapa yang gunakan asma ini ketika berdoa, maka bergetarlah seluruh langit mendengar doa ini dirapal oleh manusia.
Ok, ni lah asmanya
ALLAHUMMA INNI AS’ALUKA BISMIKAL AHADI A’AZZI WA AD’UUKALLAHUMMA BISMIKAL AHADISSHOMADI, WAAD’UUKALLAHUMMA BISMIKAL AZHIIMIL WITRI, WA ADUKALLAHUMMA BISMIKAL KABIIRIL MUTA’ALI, ALLADZI MALA’AL ARKAANA KULLAHA ’AN TAKSIFA ‘ANNI MAA ‘ASBAHTU WAMAA AMSAITU FIIHI.
Tawassul kepada
Nabi Muhammad, Sahabat, dan Malaikat
Para Tabiin, Syuhada dan Aulia
Nabi Khidr AS
Syeikh Abdul Qadir Jailani
Kiyai Ahmad Fuad dan Ustaz Muhammad Arif
Alhamdulillah, semoga dengan segala rahmatNya kita dapat beroleh sesuatu benda yang baik daripada asma ni. Insya ALLAH