Cari Blog Ini

Rabu, 26 Oktober 2011

Khasiat Besi Kursani Yang Rahsia



Khasiat Besi Kursani

Ok, pada awal mulanya, pak cik nak terangkan dahulu mengenai khasiat besi kursani ni. Sebenarnya pada awal cipta manusia ni, hakikat besi ni dah pun melekat pada diri sejak nabi adam lagi. Cuma besi ni tak berbentuk material, gila apa , ingat leh sumbat besi dalam badan. Melainkan korang ada patah patah, tu len cite la. Jadi, secara amnya, khasiat besi kursani ni kebanyakannya adalah untuk keselamatan diri. Sebab sesiapa yang da pun mengaktifkan khasiat besi kursani ni, dia akan memperolehi kekuatan tubuh yang tinggi berbeza dengan manusia biasa.

Besi Kursani, Cara Pengaktifannya

Untuk mengaktifkan besi kursani ni, selalunya adalah melalui orang tengah, iaitu orang yang da pun aktif besi kursani mereka ni. Bila da teraktif, korang akan rasa ada benda yang mengalir masuk dalam urat, sendi, darahh dan daging. Kool bro, jangan gelabah, sebab besi kursani ni da diekstrak macam winrar ke dalam tubuh badan ko.

Kawasan Besi Kursani

Besi kursani ni biasanya akan tertumpu dibahagian tapak tangan. Itu sebab bila da aktifkan besi kursani, ia akan bermula dengan tapak tangan dulu. Kemudian dia akan menjalar ke seluruh tubuh dengan jayanya. Seronok lah korang bila dapat kuasai ilmu besi kursani ni sebab ilmu ni limited gila disebabkan guru2 dulu yang terlalu memilih murid untuk menurunkan besi kursani ni pada orang lain.

Ayat besi kursani

Bawah ni adalah ayat besi kursani yang korang boleh amalkan. Mana tau , korang lak cipta sejarah dengan membangkitkan besi kursani dalam badan ni tanpa melalui orang :-
“Hai Besi Putih Besi Kursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Durhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Yang ni versi melayu
“ Bissmillahirrahmanirrahim
Terdirilah besi kursani
Didalam batang tubuhku,
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Yahun kanda dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Fillah amri saina nan bangkit
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Sandalmanzud Rasulullahi salallahu alaihi wassalam
Qullahu ‘adzim. Alfatihah”.


Ayat Mentera pendek :

Sir Kursi Sir Kursani
Sir Siro Sir
Siro Sulbi Mari Naik Ke Atas Arsyi
Dengan Berkat Baginda Ali
لا إله إلا الله محمد رسول الله


Lagi ayat :

bismillahirrahmanirrahim…
nazrunminallah hiwafat ruqarrib
wa basirril mu’minin
wallahu zikruallah hu
Ya Allah, Ya muhammad
menarikkan besi kursani di dalam tubuh diriku
seperti ali di anugerahkan kegagahhan
faku allah faku muhammad faku adam
Dengan berkat do’a laillahaillallah muhammadurrasullulah… ( baca senafas.. lidah tongkat langit.. kemudian telan air ludah) amalkan.. dengan berkat keyakinan insyallah …

Amin.

4 ulasan:

  1. Apakah maksud setiap ucapan doa di atas. Cth Faku Allah. Ada ungkapan arab nya?

    BalasPadam
  2. Sungguh hebat mentera jampi mintak semua yang ada berkat

    BalasPadam
  3. Peh, syok wo…mana yg kebal adjust sikit buat ghaso2 😁😮‍💨

    BalasPadam

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya