Cari Blog Ini

Jumaat, 4 September 2009

'Spiderman' didenda RM2,000









ALAIN melambai ke arah jurugambar selepas membayar denda RM2,000 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.






Ceroboh, panjat KLCC tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR: Warga Perancis, Alain Robert Philippe, 47, yang terkenal kerana gemar memanjat bangunan pencakar langit hingga mendapat jolokan 'Spiderman' didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, selepas mengaku bersalah menceroboh serta memanjat Menara Berkembar Petronas tanpa kebenaran, kelmarin.

Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin turut memerintahkan Alain dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun Alain yang disahkan orang kurang upaya (OKU) oleh kerajaan Perancis membayar denda berkenaan sebelum dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini jam 11.55 pagi.

Alain dituduh menceroboh bangunan milik KLCC Holdings dengan memanjat Menara 2 Menara Berkembar Petronas di Jalan Ampang di sini, jam 8.30 pagi, kelmarin.

Dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Alain, Wong Kian Kheong memohon mahkamah supaya anak guamnya tidak dikenakan hukuman penjara kerana dia perlu kembali ke Perancis bagi mendapatkan rawatan di negara berkenaan.

"Alain disahkan 60 peratus OKU oleh kerajaan Perancis dan perlu mendapatkan rawatan secara berkala di sana. Dia juga sudah membeli tiket penerbangan pulang ke Paris 7 September bagi tujuan berkenaan.

"Dia juga mengaku bersalah dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama di mana-mana bangunan di negara ini," katanya.

Sementara itu, Alain ketika ditemui di perkarangan kompleks mahkamah berkata, semua orang melayannya dengan baik selama dia ditahan sejak kelmarin.
"Saya suka negara ini tetapi memanjat adalah cinta, hidup dan ketagihan utama saya," katanya.

Kelmarin, Alain yang mengambil masa dua jam untuk memanjat Menara 2 setinggi 88 tingkat itu ditahan pengawal keselamatan (KLCC) selepas menyedari dia berjaya menakluki Menara Kembar Petronas tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan, selepas gagal pada 1997 dan 2007.

1 ulasan:

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya