Cari Blog Ini

Sabtu, 19 September 2009

RASUL MELAYU DI TANGKAP OLEH JAIS


Abd. Kahar Ahmad (tengah) yang mendakwa dirinya sebagai rasul berjaya ditahan di Sungai Long, Kajang pagi semalam oleh anggota penguat kuasa JAIS selepas membuat intipan.


menyembunyikan diri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak lebih dua tahun lalu, akhirnya berjaya ditangkap di rumah sewanya di Sungai Long, Kajang pagi ini.


Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, ketika serbuan dilakukan pada pukul 9.45 pagi, bekas pekerja am di Zoo Negara berusia 59 tahun itu sedang makan sambil menonton televisyen di ruang tamu rumah tersebut.

Tambahnya, turut berada di dalam rumah itu ialah anaknya yang dikenali sebagai Zulhilmi dan pembantu rumah.

‘‘Abd. Kahar cuba melarikan diri ketika ditahan tetapi kemudiannya berhenti.
‘‘Tiada sebarang pergelutan berlaku. Ini adalah kes pertama lelaki mengaku rasul ditahan. Syukur Alhamdulillah, mungkin ini berkat bulan Ramadan,” katanya pada sidang akhbar mengenai penangkapan lelaki itu di sini hari ini.

Katanya lagi, JAIS berjaya mendapat perintah waran tahanan ke atas Abd. Kahar dari Mahkamah Tinggi Syariah di sini sehingga tarikh perbicaraan pada 7 Oktober ini.

Mohammed Khusrin memberitahu, seramai 12 pegawai penguat kuasa JAIS dan sekumpulan polis terlibat dalam operasi itu setelah memantau pergerakannya di rumah itu sejak Isnin lalu.

Beliau berkata, tangkapan itu juga merujuk kepada waran yang dikeluarkan sebelum ini setelah lelaki itu tidak hadir buat pertama kali di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas lima tuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor pada 17 Ogos 2005.

Antara kesalahan dan akidahnya menyimpang jauh dari agama Islam ialah mengakui dirinya rasul atau utusan Allah dan mendakwa rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah.

Dia juga berkata, sembahyang lima waktu tidak wajib dan padanya sembahyang itu memadai dengan hanya membuat kebaikan dan menjauhkan diri daripada perbuatan mungkar.

Kejayaan tersebut, jelas Mohammed Khusrin, adalah hasil maklumat orang awam yang cam wajah Abd. Kahar menerusi risalah yang diedarkan termasuk disiarkan di media-media.

‘‘Serentak dengan kejayaan itu juga, JAIS akan menganugerahkan kepada individu pemberi maklumat sebanyak RM20,000 seperti yang dijanjikan sehingga tertangkapnya Abd. Kahar,” ujar beliau.

Beliau berkata, Abd. Kahar sebelum ini dikesan menyewa di sebuah apartmen di kawasan Hulu Klang dan JAIS hampir berjaya menangkapnya, tetapi dia terlebih dahulu keluar dari kediaman tersebut.

‘‘Akhirnya JAIS menerima maklumat, dia telah berpindah dan menyewa sebuah rumah di Sungai Long hingga berjaya diberkas hari ini,’’ katanya.

Katanya lagi, JAIS juga sedang mengumpul bukti kukuh untuk menahan Zulhilmi yang dipercayai turut menjadi penyebar ajaran sesat pimpinan bapanya menerusi sebuah laman blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya