Cari Blog Ini

Ahad, 4 Oktober 2009

Aksi bogel wartawan dirakam dari lubang kunci




LOS ANGELES: Polis menahan seorang lelaki Chicago kerana merakam gambar bogel wartawan saluran sukan di sebuah hotel, kata Biro Siasatan Persekutuan (FBI), semalam.

Michael David Barrett diberkas di Lapangan Terbang O’Hare dan didakwa mengintip Erin Andrews untuk membolehkan rakaman aksi wartawan stesen ESPN itu dijual kepada laman web selebriti TMZ.

Dia dijangka dihadapkan ke mahkamah Los Angeles hari ini.

Kenyataan FBI berkata, Barrett, 48, ditahan ketika pulang dari Buffalo, New York.

Tujuh daripada lapan rakaman dibuat Barrett diambil melalui lubang diubah suai pada kunci pada tombol pintu bilik disewa Erin, 31, di Nashville, Tennessee, pada September 2008.

Penyiasat yakin, rakaman kelapan dibuat di sebuah hotel di Milwaukee pada Julai tahun lalu.

FBI percaya, Barrett menyewa bilik bersebelahan Erin dan mengubah suai lubang pada tombol pintu mangsa untuk membolehkan rakaman dibuat. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya