Cari Blog Ini

Khamis, 15 Oktober 2009

Ulama lepas hukuman




UNGARAN (Indonesia): Ulama Indonesia, Pujiono Cahyo Widiyanto, 43, semalam, dibebaskan daripada tuduhan mencabul kanak-kanak.

Pujiono dihadapkan ke mahkamah selepas mengambil Lutfiana Ulfa, 12, sebagai isteri keduanya.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Mahkamah Unggaran, Hari Mulyanto berkata, kes itu terpaksa diketepikan selepas pendakwaraya gagal membuktikan Pujiono mencabul Lutfiana.

“Kami menerima bantahan peguambela. Pendakwaraya gagal membuktikan kesalahan tertuduh,” katanya.

Pujiono mempertahankan tindakannya mengahwini Lutfiana dengan mendakwa isteri keduanya sudah datang haid.

Pendakwaraya menggunakan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2002 dan mendakwa Pujiono memaksa kanak-kanak melakukan seks.

Setiausaha Agung Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak, Arist Merdeka Sirait menyelar keputusan membebaskan Pujiono.

“Hakim tidak arif maksud isu melindungi kanak-kanak. Keputusan membebaskan tertuduh tak masuk akal kerana beliau mengahwini gadis bawah umur,” tegasnya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya