Cari Blog Ini

Selasa, 13 Oktober 2009

Pedang samurai bongkar jenayah



KUALA TERENGGANU: Dua bilah pedang samurai ditemui dalam but Proton Iswara dinaiki tiga lelaki yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Ladang, awal pagi semalam membongkar kegiatan lelaki berkenaan terbabit dengan jenayah.

Kemalangan kira-kira jam 1 pagi itu berlaku apabila kereta dinaiki tiga lelaki berusia 30-an yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol terbabas sebaik melepasi selekoh menghala ke pusat bandar.

Kejadian itu turut menyebabkan tiga kereta lain yang diletakkan berhampiran tempat kejadian rosak teruk.

Semua lelaki terbabit ditahan apabila polis yang menjalankan pemeriksaan menemui dua pedang samurai dalam but kereta berkenaan.

Saksi kejadian, Kaw Kim, 46, berkata dia tergamam melihat Proton Iswara miliknya yang diletakkan di bahu jalan berhampiran rumah kedainya remuk selepas dirempuh kuat kereta dinaiki tiga lelaki terbabit.

“Saya terkejut apabila mendengar bunyi seperti letupan dan bergegas turun selepas melihat orang ramai mengerumuni kereta saya.

“Saya panik selepas melihat kereta saya remuk di depan dan belakang selain mendapati dua kereta yang diletakkan di kawasan itu turut remuk,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Kaw berkata, selepas ditenangkan keluarga, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu jam 3 pagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata ketiga-tiga lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol itu tidak cedera dan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

1 ulasan:

  1. nampak nya kes di terengganu lagi ....
    kalau dulu pedang2 samurai ni susah nak dapat @ nampak...
    tapi mengapa sekarang di di kuala terengganu ramai yg senag mendapatkan nya...
    harap pihak polis tolong siasat@pantau dari mana mereka mendapat pedang samurai ini....
    agarjenayah tidak berluasa dan hukuman di kenakan bagi mereka yg membawa sesuke hati ke mana saja.... boleh melibatkan aktiviti jenayah dan pergaduhan...

    BalasPadam

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya