KUANTAN: Seorang pemilik kedai makan ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Sungai Isap, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof, berkata Fatimah Zaharah
Sulong, 53, dipercayai mati akibat ditekup dengan bantal ketika sedang
tidur di atas katil di bilik rumahnya itu.
"Kejadian dipercayai berlaku antara jam 2 pagi hingga 4 pagi," katanya
kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, mangsa ditemui mati oleh suaminya yang baru pulang daripada berniaga di kedai makan milik mereka di Kemunting di sini.
Berdasarkan siasatan awal, katanya rumah mangsa dipecah masuk dan beg tangan mangsa didapati telah hilang, katanya.
Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
untuk bedah siasat.
Sementara itu, suami mangsa, Sallehuddin Mohd Yatim, 59, berkata, ketika
kejadian isterinya tinggal bersendirian di rumah itu kerana mereka
bergilir-gilir menguruskan kedai makan mereka.
"Saya menjaga di waktu malam, manakala isteri saya pula jaga waktu siang.
Awal pagi tadi saya cuba menghubungi dia (isteri) tapi tak jawab dan saya cuba banyak kali sebelum ambil keputusan balik ke rumah," katanya.
Katanya, apabila sampai di rumah dia mendapati isterinya dalam keadaan
tertiarap di atas katil dan sudah tidak bernyawa.-Bernama
BNM perkenal Akta Kredit Pengguna (CCA) kawal kredit bukan bank
Seminggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan