Cari Blog Ini

Jumaat, 16 Oktober 2009

15 kali gugur bayi



NEW YORK: Seorang wanita mengaku ‘ketagih gugur bayi’ selepas melakukannya 15 kali dalam tempoh 17 tahun.

Irene Vilar (gambar) berkata, dia melakukan pengguguran itu bukan kerana miskin atau bimbang sebaliknya kerana ‘memberontak’ terhadap suaminya yang tidak mahu anak.

Pengakuan wanita berusia 40 tahun itu mengundang kecaman daripada aktivis antipengguguran di Internet, termasuk ancaman bunuh dan desakan supaya dia di penjara.

Tindakannya itu yang bermula ketika dia berusia 16 tahun dan berakhir pada usia 33 tahun juga diselang dengan beberapa cubaan membunuh diri.

Irene yang kini ejen kesusasteraan berjaya dan mempunyai dua anak, Loretta, lima, dan Lolita, tiga, menulis mengenai pengalamannya dalam buku berjudul Impossible Motherhood: Testimony of an Abortion Addict (Ibu Mustahil: Pengakuan Penagih Penggugur Bayi).

Buku itu yang mula dijual semalam mengejutkan ramai rakyat Amerika yang masih berbelah bagi mengenai isu pengguguran dan mencetuskan kemarahan aktivis kedua-dua pihak.

Charmaine Yoest, presiden kumpulan pendesak yang menentang pengguguran bayi, United for Life, berkata, “Ia menunjukkan dengan jelas mengenai apa yang kami sering katakan sebelum ini - pengguguran adalah sebahagian daripada cerita sedih untuk wanita.”

Bagaimanapun, aktivis propengguguran berkata, buku Irene menimbulkan persoalan tidak selesa mengenai pengguguran sebagai bentuk mengawal kelahiran.

Mengulas mengenai sambutan bukunya, Irene berkata: “Saya bimbang mengenai keselamatan saya dan mesej ancaman yang saya terima.”

Irene yang pernah mempunyai kebolehan luar biasa dalam akademik, belajar di sebuah sekolah asrama di New Hampshire dan diterima memasuki sebuah universiti di New York pada usia 15 tahun.

Setahun kemudian, dia berkahwin dengan seorang profesor kesusasteraan Amerika Latin yang katanya tidak mahu memiliki anak. — Agensi

2 ulasan:

  1. yang ni memang hebat.....
    ramai yang mahukan anak..].
    tapi si orang puteh ni sebalik nya lak....
    waduhh..waduhh....

    BalasPadam
  2. allahuakhbar...

    ni mmg dashyat....

    x tau apa akan jadi pada dia nnti...

    allah swt yang akan tentukan....

    apalah dosa ank2 yang digugurkannya itu......

    BalasPadam

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya