KOTA BHARU: “Kami terkejut selepas dimaklumkan mengenai penemuan bayi lelaki diletakkan atas but kereta seorang jemaah dalam keadaan lengkap berpakaian dan dibaluti tuala.
“Tanpa berfikir panjang, kami segera membawa bayi comel diselimuti tuala merah jambu itu ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan sebelum dihantar ke hospital,” kata bilal Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini, Muhammad Firdaus Zakaria, 22.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, jemaah masjid itu gempar dengan penemuan bayi lelaki dipercayai berusia sehari masih bertali pusat ditinggalkan atas but sebuah kereta.
Kejadian itu disedari pemilik kereta seorang doktor warga asing, apabila menemui sesuatu dalam keadaan berbungkus diletakkan atas but kereta Nissan Sunny.
Sebaik menghampiri bungkusan berkenaan, doktor yang berkhidmat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mendapati ia seorang bayi lelaki sedang lena.
Kejadian selepas solat Isyak itu menyebabkan pemilik kereta berusia 50-an itu memaklumkan kejadian terbabit kepada imam dan jemaah masjid terbabit sebelum diserahkan ke balai polis.
Difahamkan, kejadian itu pertama kali berlaku di masjid terbabit hingga menggemparkan jemaah yang baru selesai menunaikan solat.
Muhammad Firdaus berkata, kejadian diketahui selepas didatangi seorang jemaah lelaki mendakwa menemui seorang bayi atas but kereta.
“Kejadian berlaku selepas kami selesai menunaikan Isyak. Seorang doktor HUSM dari India datang dalam keadaan tergesa-gesa menceritakan kejadian berkenaan.
“Berikutan itu, saya bersama imam dan ahli jawatankuasa masjid pergi ke tempat kejadian untuk melihat bayi berkenaan yang ketika itu sedang lena sambil badannya diselimuti tuala merah jambu,” katanya ketika ditemui di masjid itu, semalam.
Menurutnya, seorang jemaah kemudian membuka pakaian bayi seberat 3.2 kilogram itu sebelum memeriksa bahagian sulitnya untuk mengetahui jantinanya.
“Apabila mendapati bayi itu masih hidup, seorang jemaah yang membuka pakaiannya mendapati baru dilahirkan berdasarkan tali pusat yang masih ada.
“Disebabkan tiada yang mahu menguruskan bayi ini, kami membawanya ke Balai Polis Kubang Kerian untuk membuat laporan,” katanya.
Katanya, bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 11 malam untuk menjalani pemeriksaan selain rawatan susulan.
zaman sekarang buang bayi sini sana....
BalasPadammacam anak kucing di buat nya....
nafsu mengatasi segala2 nya....
dalam mggu ni sahaja dah ada beberapa kes buang bayi..............
BalasPadamsy dah x tau nk kata apa lagi
tu lah epal....
BalasPadam