Cari Blog Ini

Ahad, 4 Oktober 2009

4,000 mangsa masih hidup


JAKARTA 3 Okt. - Hampir 4,000 orang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan berikutan gempa bumi kuat yang menggegar barat Sumatera pada minggu ini, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Palang Merah, hari ini.

"Kami menjangkakan antara 3,000 hingga 4,000 mangsa masih terperangkap atau tertanam hidup-hidup di bawah runtuhan,'' kata Penyelaras Kemanusiaan PBB di Indonesia, El-Mostafa Benlamlih kepada AFP.

Ketua delegasi Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia, Bob McKerrow berkata, pihaknya meletakkan jumlah mangsa tertimbus kepada 4,000 orang berdasarkan pemantauannya di bandar Padang dan kawasan sekitar bencana. - AFP

1 ulasan:

  1. tunggu la pulak malaysia punya turn lepas nie yek...anak haram makin ramai, judi berleluasa, penghinaan terhadap islam dah jadi lumrah...

    BalasPadam

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya