MALU...tiga gadis baru datang dari Sabah dua minggu lalu ditahan kerana menawarkan khidmat seks.
KUALA LUMPUR: “Nasi sudah menjadi bubur, apa nak buat...,” demikian nada seorang gadis yang ditahan dalam Ops Noda di sekitar ibu negara, malam kelmarin.
Gadis berusia 20 tahun bersama dua lagi rakannya mendakwa baru tiba dari Sabah dua minggu lalu dan rela hati menjadi tempat lelaki gersang melempiaskan nafsu yang kebanyakannya warga asing dengan bayaran RM50 bagi sekali perkhidmatan.
Ketika serbuan di Jalan Thambypillay, Brickfields, semua mereka ditempatkan di bilik berselindung di sebalik kafe siber yang baru beroperasi kira-kira seminggu lalu.
Pegawai Turus Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Deputi Superintendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya tidak akan berputus asa membanteras kegiatan itu walaupun terpaksa menggempur lubuk pelacuran yang sama berulang kali.
“Operasi kali ini membabitkan tiga lokasi panas di ibu negara iaitu Jalan Petaling, Brickfields dan Jalan Sungai Besi dengan menahan 42 pelacur.
“Dua belas daripadanya adalah perempuan warga China manakala selebihnya adalah wanita tempatan berasal dari Sabah. Semuanya berumur 20 hingga 40-an,” katanya.
Turut ditahan dalam operasi yang berakhir kira-kira jam 3 pagi itu, termasuk seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan.
Serbuan pertama di sekitar jam 8 malam di rumah tumpangan di Jalan Petaling menahan 15 wanita termasuk seorang mak nyah.
Ini diikuti dengan serbuan kedua di Jalan Thambypillay, Brickfields ke atas sebuah premis yang berselindung di sebalik kafe siber dengan menahan lapan wanita kesemuanya berasal dari Sabah manakala serbuan terakhir di Jalan Gelang, dekat Jalan Sungai Besi dan menahan 12 pelacur warga China.
Selain itu, tujuh lelaki warga tempatan berumur 19 dan 50 tahun dengan empat daripadanya dipercayai penjaga pelacur terbabit turut diberkas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan