Cari Blog Ini

Khamis, 15 Oktober 2009

Projek tiga beradik




PUTRAJAYA: Seorang kakak disyaki sanggup bersekongkol dengan dua adik lelaki menjadikan pangsapuri disewanya di sini sebagai ‘syurga seks’ bersama teman masing-masing.

Lebih memalukan, si kakak berusia 30-an yang masih berstatus ‘anak dara’ terbabit mengaku sudah melakukan hubungan seks dan tidur bersama pasangannya berusia 50-an sejak lebih sebulan lalu dengan alasan tidak berkemampuan untuk berkahwin bersama lelaki terbabit.

Perbuatan tidak bermoral tiga beradik yang dipercayai dahaga seks itu terbongkar selepas sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerima aduan perlakuan seks bebas membabitkan empat wanita termasuk tiga gadis bawah umur bersama lapan lelaki yang berusia 15 hingga 50 tahun di pangsapuri terbabit.

Sebelum serbuan dilakukan beberapa hari lalu, pegawai penguat kuasa Jawi yang mengintip rumah terbabit mendapati hanya lampu di ruang tengah bernyala, manakala ketiga-tiga bilik tidur gelap lalu mengetuk pintu rumah itu, kira-kira jam 12 tengah malam.

Lebih lima minit kemudian pintu dibuka seorang lelaki dipercayai adik wanita terbabit yang berusia 17 tahun dalam keadaan berpakaian kemas, manakala tiga lagi rakannya duduk di ruang tamu.

Penguat kuasa yang menjalankan pemeriksaan kemudian mengetuk bilik tengah sebelum dibuka seorang lelaki berusia 50-an, manakala pasangannya yang dipercayai penyewa rumah berkenaan berbaring di atas katil dan selamba mengakui mereka belum berkahwin.

Pemeriksaan dalam bilik belakang pula mendapati tiga lelaki berada di dalamnya sebelum menemui dua gadis bawah umur bersembunyi dalam almari, manakala seorang lagi gadis bawah umur menyorok dalam bilik bersebelahan.

Gadis terbabit yang masih bersekolah mendakwa terpaksa menyembunyikan diri bagi mengelak ditahan pihak berkuasa, seterusnya memalukan keluarga mereka.

Difahamkan, empat wanita dan lapan lelaki terbabit dipercayai merancang melakukan kegiatan tidak bermoral yang dipercayai pernah dilakukan mereka sebelum ini.

Kegiatan terbabit didedahkan sumber Jawi yang menerima aduan daripada penghuni pangsapuri berkenaan mengenai kegiatan tidak bermoral itu yang berlanjutan sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, pangsapuri itu disewa wanita terbabit yang bekerja di sebuah syarikat swasta dan didiami bersama dua adik lelakinya.

“Kami mendapat maklumat mengenai kegiatan wanita terbabit yang dipercayai sering memadu asmara dengan pasangannya yang juga pekerja swasta berusia 50-an.

“Malah, ketika serbuan, wanita terbabit berada di atas katil, manakala pasangannya yang sudah berkahwin membuka pintu bagi membenarkan penguat kuasa memeriksa bilik berkenaan, seolah-olah tidak berasa bersalah dengan perbuatan dilakukan,” katanya semalam.

Bukan itu saja, beliau berkata, lebih mengecewakan kegiatan itu membabitkan tiga gadis bawah umur yang sepatutnya menumpukan pelajaran.

Selain itu, katanya, beliau terkejut apabila wanita yang menyewa rumah berkenaan mengakui terpaksa melakukan hubungan terlarang dengan pasangannya kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk mendirikan rumah tangga.

Beliau berkata, pihaknya sedih kerana kegiatan khalwat dan bersekedudukan semakin berleluasa di kawasan terbabit berdasarkan serbuan dan kondom terpakai yang ditemui dalam serbuan sebelum ini.

Menurutnya, tiga beradik terbabit bersama sembilan ‘tetamu’ mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27, Akta 559 (a)(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 hari ini.

3 ulasan:

  1. Apa nak jadi zaman sekarang maksiat sana sini...
    syabas kepada jawi kerana membuat intipan dan tangkapan harap mereka mendapat balasan @hukuman dari apa yang mereka lakukan...

    BalasPadam
  2. allahuakhbar......

    ni la tanda2 dunia akn ke penghujungnya.....

    astgfirullahalazim...kenapala manusia jadi mcm ni....

    BalasPadam
  3. ye saudara epal...
    itulah..... semakin hari benda ni dianggap mcm pekara biasa ja.....

    BalasPadam

FOLLOW ME

CHATROOM

http://www.meebo.com/rooms

BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

LINK Blog Saya