“Disebabkan itu, hanya dia tinggal bersendirian di rumah,” kata Zubidah Sulaiman, 40, selepas menemui anaknya mati tergantung di rumahnya di Kampung Jelutong, Seribong, di sini, malam kelmarin.
Zubidah berkata, sukar untuk dia menerima hakikat anaknya, Mohd Amin, 15, meninggalkan mereka dalam keadaan demikian memandangkan sebelum ini remaja itu ceria dan peramah dengan penduduk sekitar.
Katanya, dia dan suami, Azmi Hassan, 43, serta dua lagi anak mereka, Ruzaini, 15, dan Mohd Hasrullah, 8, menyedari kejadian itu sebaik pulang dari tempat berniaga, kira-kira jam 8 malam.
“Kami bergegas pulang kerana bimbang sesuatu berlaku. Sebaik tiba, anak sulung saya mengintai dari luar rumah dan memberitahu suami saya. Kami tidak mampu berkata apa-apa lagi apabila melihatnya dalam keadaan demikian,” katanya.
Zubidah berkata, mereka kemudian membuat panggilan kecemasan jam 8.07 minit sebelum polis tiba di tempat kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar, ketika dihubungi berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sebelum dituntut untuk urusan pengkebumian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan