SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.... Blog ini dibuat hanya sekadar satu aktiviti penulis bagi mengisi masa lapang yang terluang dengan gambar-gambar menarik,isu-isu politik,dunia hiburan dan sebagainya yang difikirkan perlu dikongsi bersama-sama rakan blogger yang lain...di harap sesiapa sahaja pengunjung blog ini dapat memberi respon dan juga komen-komen yang membina untuk dikongsi bersama...
Cari Blog Ini
Ahad, 11 Oktober 2009
Teknologi penyelamat
KEMAJUAN yang dikecapi dalam dunia perubatan hari ini sememangnya mengagumkan. Namun, usaha untuk meningkatkan teknologi menyelamat nyawa manusia tidak pernah bernoktah. Ia proses yang pasti dan berterusan.
Sistem terkini selamat nyawa
KEMAJUAN yang dikecapi dalam dunia perubatan hari ini sememangnya mengagumkan.
Namun, usaha untuk meningkatkan teknologi menyelamat nyawa manusia tidak pernah bernoktah. Ia proses yang pasti dan berterusan.
Salah satu aspek penting dalam sektor perubatan ialah sistem pengawasan kesihatan pesakit melalui laporan direkodkan secara 'hard copy' di atas kertas dan 'dilonggokkan' di bilik rekod.
Kepentingan sistem simpanan rekod pengawasan pesakit ditempatkan dalam kelas paling tinggi di hospital terutama dengan peningkatan mendadak pesakit termasuk yang berada dalam unit rawatan rapi (ICU).
Bayangkan jumlah data disimpan mungkin mencecah sehingga berbilion rekod yang tidak mudah dicari apatah lagi ketika ia diperlukan di saat kecemasan sehingga menimbulkan panik di kalangan pesakit dan doktor itu sendiri.
Dunia mengalami bilangan populasi bertambah dari tahun ke tahun tidak mempunyai pakar dan jururawat yang cukup untuk memproses kebanyakan data mengenai pesakit dalam simpanan mereka.
Ditambah pula peningkatan teknologi mesin memerlukan penyelesaian bersepadu bagi memberi keseimbangan antara inovasi dan kecekapan menguruskan data pesakit secara kolektif dan pantas yang kurang berkesan.
Oleh itu, pembaharuan untuk melicinkan kerja klinik perlu dilaksanakan sepantas mungkin untuk mengelak sebarang masalah yang mempengaruhi nyawa pesakit.
Di Amerika Syarikat saja, lebih 54,000 kematian dicatatkan di bilik ICU walaupun kerajaannya membelanjakan kira-kira RM228 bilion setahun untuk kos memperkemaskan wad terbabit.
Masalah sama turut menghantui Malaysia apabila bilangan kematian merekodkan peningkatan setiap tahun yang menggusarkan masyarakat yang mengharapkan 'nyawa kedua' dikembalikan.
Kekurangan pakar klinik dan jururawat dilihat punca utama stesen di ICU sesak dengan data yang diurus dengan sempurna ditambah keperluan menghantar maklumat pesakit tanpa masa yang tetap.
Isu terbabit mengundang cakap-cakap untuk mengemaskinikan perkhidmatan klinik bagi membantu penjagaan kritikal.
Kini, pihak pentadbiran hospital dan sidang pengarahnya mula tercari-cari jalan untuk memperbaharui kualiti perkhidmatan yang tidak membebankan kos operasi agar ia terkena tempias kepada pesakit.
Justeru, hospital sering menambah perbelanjaan prasarana menggunakan penyelesaian teknologi maklumat (IT) untuk mencapai tujuan terbabit tanpa perlu memindahkan kos yang tinggi kepada pesakit.
Langkah dijana hospital sesuai dengan perkembangan semasa memandangkan institusi terbabit bergelut untuk menghadapi situasi mencabar dalam menyempurnakan impian pesakit selain menguruskan staf mereka sendiri.
Menyedari hakikat itu, peneraju penyelesaian elektronik bagi industri kesihatan, Philips cuba membuka peluang kepada hospital untuk mengurangkan kekusutan mereka dengan mengorak inovasi baru dalam dunia perubatan.
Syarikat terbabit mula memperkemaskan sistem data berdasarkan elektronik yang membolehkan hospital berkongsi maklumat dalam satu penyelesaian berinovasi mudah.
Ia dibuat berikutan kesedaran mengenai kemestian mengurus data secara sistematik dan bersepadu agar ia membantu pesakit selain mengelak pertindihan atau kehilangan maklumat penting mengenai mereka.
Sistem yang digelar Rekod Kesihatan Elektronik (EHR) dibina berasaskan peranti mudah alih serta disambung kepada rangkaian hospital yang menyalurkan maklumat tepat sepanjang pesakit berada di hospital.
Langkah relevan itu bertujuan meningkatkan pengawasan terhadap maklumat kesihatan untuk memberi panduan kepada doktor bagi mendapatkan kaedah terbaik menyembuhkan pesakit.
Bayangkan situasinya seakan pesakit berada di wad pembedahan yang secara tiba-tiba mengalami sakit lain memerlukannya dipindahkan ke wad berasiangan dengan segera.
Maklumat yang dibawa bersama merangkumi jenis darah, alergi, ubat dan sebagainya direkodkan secara manual menggunakan kertas bertulisan yang mungkin tidak difahami, sekali gus menyukarkan proses merawat pesakit terbabit.
Tambahan pula, jururawat terpaksa memeriksa data lain di bilik simpanan sekiranya pesakit mempunyai maklumat tambahan yang tidak diketahui.
Di sinilah peranan pengurusan data lebih sistematik diperlukan dan jawapannya wujud dalam sistem IT yang dibangunkan berdasarkan keperluan menyimpan jutaan megabait maklumat pesakit.
Ketua Pegawai Operasi, Philips Healthcare Asia Pasifik, Vincent Chan, berkata kira-kira empat juta pesakit di seluruh dunia dimasukkan ke ICU di hospital setiap tahun namun masalah kekurangan tenaga kerja mengakibatkan sistem pengawasan tidak begitu efektif.
"Philips cuba mengurangkan kerumitan dengan mencipta Portfolio Maklumat Klinikal IntelliVue (ICIP) yang membolehkan data dikongsi bersama bagi setiap bahagian dalam hospital berkenaan," katanya.
Beliau berkata, kemudahan teknologi terbabit membantu penyaluran maklumat lebih pantas dan berkesan di saat doktor atau petugas perubatan lain memerlukannya.
"Teknologi yang dibangunkan membenarkan petugas kesihatan memeriksa keadaan pesakit di mana saja mereka berada sama ada di pejabat atau komputer peribadi (PC).
"Ia mudah digunakan memandangkan antaramukanya dibina berasaskan Windows untuk mengakses maklumat," katanya.
Sementara itu, Pengurus Produk untuk Pengawasan Pesakit dan Penjagaan Kardiak, Philips Healthcare, Philips Electronics (S) Pte Ltd, Ihingan menjelaskan salah satu inovasi baru diperkenalkan dalam dunia kesihatan adalah IntelliVue MMS X2.
"Peranti mudah alih itu menyimpan maklumat pesakit bersaiz kecil yang mampu dibawa ke mana saja bersama pesakit membantu petugas perubatan mengakses maklumat mengenai kesihatannya," katanya.
Jhingan berkata, IntelliVue MMS X2 menjadi sebahagian daripada penyelesaian perubatan ditawarkan menerusi platform ICIP selain sistem pengawasan SureSigns.
"Pada masa depan, kita akan menyaksikan IntelliVue MMS X2 sebagai modul pengukur kesihatan dan 'kenderaan' kepada maklumat pesakit yang sarat dengan pelbagai data tanpa had," katanya.
Menurutnya, peranti kecil itu yang mempunyai kemudahan skrin sesentuh mengurangkan tekanan kepada doktor untuk mencari maklumat, sekali gus mempercepatkan penyampaian data.
"Tujuan penggunaan skrin sesentuh diketengahkan termasuk untuk mengurangkan butang kekunci pada peranti yang sukar digunakan pada saat genting.
"Penggunaan skrin sesentuh mampu membuka mata dengan meluas mengenai data yang terpapar di skrin," kata Jhingan.
Beliau berkata, penggunaan skrin sesentuh secara umumnya menjimatkan masa melayari menu selama 30 saat berbanding penggunaan butang kekunci.
Katanya, IntelliVue MMS X2 boleh disesuaikan dengan lapan perkakasan pengawasan lain yang biasa digunakan ketika kecemasan, operasi pembedahan, bilik rawatan, isolasi dan wad biasa.
"Semua data pesakit dimuatkan dalam peranti tahan lasak yang mempunyai kapasiti bateri hampir empat jam manakala beratnya hanya 1.2 kilogram boleh dipegang mana-mana doktor," katanya.
Dalam pada itu, Chan berkata, model ditawarkan Philips membenarkan doktor dan jururawat mengawasi pesakit ICU secara bersepadu berdasarkan pengawasan kamera, pemeriksaan data pada masa sebenar, langkah masa depan, keputusan diagnostik dan sejarah perubatan pesakit.
"Berdasarkan data yang kami peroleh, program perubatan secara elektronik mengurangkan 23 peratus kematian serta kadar tinggal pesakit di wad terbabit juga turun sebanyak 25 peratus," katanya.
Chan berkata, sistem terbabit turut membantu jururawat syif malam membuat keputusan lebih tepat dan pantas.
"Kami menganggarkan sistem ini mampu membantu mengurangkan 30 kes kematian di ICU atau kira-kira 6,500 nyawa apabila keputusan mampu dibuat dengan lebih efektif," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
FOLLOW ME
JOIN LAH
LINK PENDIDIKAN
LAIN-LAIN LINK
- Kerja sambilan di rumah
- Download sofware android market
- DOWLOAD CERITA
- KEDAI ONLINE UBATAN TERENGGANU
- PORTAL RASMI MAJLIS DAERAH CAMERON
- JAWATAN KOSONG LINK TNB
- KEDAI Bot
- INFO PEMBELIAN RUMAH
- MAP
- BIZ TOPUP
- RUMAH ANAK YATIM NURULIMAN
- PERBADANAN NASIONAL BERHAD
- PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
- SMIDEC
- MARA TERENGGANU
- PENDAFTAR PERTUBUHAN
- JAWATAN KOSONG CARREER
- JAWATAN KOSONG VACANCIES
- PERTAHANAN
- TENTERA
- BOMBA
- KESIHATAN
- POLIS
- JAWATAN KOSONG.COM
- SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
- ISTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA
- PERBADANAN NASIONAL BERHAD
- DOWLOAD CERITA
LINK Blog Saya
-
-
-
-
-
-
20 Tips Ampuh Mengatasi Jerawat yang Membandel8 tahun yang lalu
-
2.6 Billion Dana Untuk Menggerakkan Jentera Parti9 tahun yang lalu
-
-
Hidup Dalam Dunia Sendiri9 tahun yang lalu
-
Marquez sambar petak pertama10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Al-Fatihah12 tahun yang lalu
-
Utusan Malaysia Online - Politik12 tahun yang lalu
-
-
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI13 tahun yang lalu
-
PERJUANGAN13 tahun yang lalu
-
dah lama x masuk blog aku ni....14 tahun yang lalu
-
-
Tanda di dahi Saiful pun nak diiisukan? Astaghfirullah..14 tahun yang lalu
-
-
PERHATIAN!!14 tahun yang lalu
-
-
-
REKREASI15 tahun yang lalu
-
-
Blog closed15 tahun yang lalu
-
-
-
chinness antique15 tahun yang lalu
-
Bantuan Gaza di sekat di Ramallah ?15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan