Baru-baru ini didedahkan gemar berpakaian seperti wanita, Reid, 34, berkata dia percaya kepada hubungan seks pelbagai.
“Saya akan mencuba apa saja untuk sekali,” katanya.
Ketika Katie, 31, mendedahkan rancangannya menunjukkan gambar Reid dengan pakaian ganjil, bekas teman wanita atlit sukan lasak itu, Danielle Sims, tampil dengan ceritanya sendiri.
Menurut Danielle, dia mengunjungi rumah ibu bapa Reid dan diberitahu atlit terbabit ada di dalam bilik.
“Saya pun naik, membuka pintu dan mendapati Reid berpakaian seperti wanita dan berehat di atas katil.
“Saya tak berkata apa-apa, cuma melihat dan tertanya-tanya, mengapa dia mengenakan pakaian begitu?
“Insiden itu memang tidak mengubah perasaan saya terhadap Reid, tetapi menyebabkan saya agak kurang selesa,” katanya.
Sebelum ini, Reid dilaporkan berang apabila Katie menunjukkan rakaman gambar dia berpakaian seperti wanita kepada orang ramai yang menghadiri majlis dianjurkan Simon Cowell.
Menurut Katie, ramai berminat membeli gambar Reid itu.
Seorang sumber lain mendedahkan bagaimana rakannya bimbang pendedahan memalukan itu akan menjejaskan kerjaya Reid di gelanggang.
Katanya, Reid mengaku naluri seksnya tidak terhad di kalangan wanita.
“Reid mengaku dia akan mencuba sesuatu yang baru walaupun untuk sekali.
“Bagi saya, kenyataan itu adalah bodoh,” katanya.
Sebelum berpacaran dengan Katie, Reid mengaku meniduri rakan lelakinya yang gay.
Menurut sumber itu, apabila berkaitan seks, Reid memang liar dan ketagih kepada kegiatan itu. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan